Thursday, March 18, 2010

Hotel 5 bintang: Beri harga yang baik - PM

KUALA LUMPUR 17 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu hotel bertaraf lima bintang di seluruh negara tidak mengenakan bayaran bilik yang terlalu murah kerana ia boleh menurunkan nilai pasaran. 

Perdana Menteri berkata, langkah itu juga perlu bagi memastikan tahap prestij hotel-hotel di Malaysia sentiasa terpelihara sekali gus boleh menjadi daya tarikan untuk pelancong khususnya kategori mewah.

Beliau berkata, berdasarkan senarai hotel terkini, harga hotel lima bintang di Malaysia adalah paling murah berbanding negara lain di rantau ini.

"Saya yakin jika hotel lima bintang kita mengenakan harga yang lebih kompetitif ia boleh mendatangkan lebih keuntungan dalam industri perhotelan…

Ulasan: Khabarnya PM kita berjiwa rakyat? Atau boleh bertukar-tukar topi. Inilah dasar UMNO yang berwajah kembar.

No comments: