Wednesday, March 10, 2010

Saksi, pemberi maklumat jangan gentar bantu siasatan

SPRM mahu saksi, pemberi maklumat tidak gentar bantu siasatan 
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyeru mana-mana saksi atau pemberi maklumat berhubung kes rasuah agar tidak gentar untuk tampil membantu siasatan. 

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Abu Kassim Mohamed, berkata kedua-dua golongan ini penting dalam membantu menyelesaikan sesuatu kes yang sedang dijalankan mahupun yang telah dibawa ke mahkamah. 

"Kes akan kalah jika saksi tidak tampil atau belot. Orang ramai dan media pula tuding jari kepada kita tapi mereka tidak selidik kenapa kes itu kalah." 

"Kita ada undang-undang, kalau takut jadi saksi, boleh jadi pemberi maklumat, mereka ini akan dilindungi. Beritahu kepada kita apa masalah mereka (kalau takut menjadi saksi sesuatu kes)," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis mengedarkan risalah dan pelekat kenderaan sempena ulang tahun pertama dan pelancaran aspirasi SPRM di Plaza Tol Sungai Besi di sini hari ini…

Ulasan: Bolehkah rakyat biasa menjadi saksi terhadap penyelewengan menteri? Atau menteri sentiasa akan menang?

No comments: