Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pengukir berkenaan yang dipilih dari kalangan suku kaum Mah Meri dari Pulau Carey di sini akan dihantar ke negara itu sempena Pameran Seni Negara yang diadakan serentak dengan Hari Malaysia...
Ulasan: Jangan hanya menilai mereka dari sudut seni kraf tangan serta kebudayaan etnik minoriti itu. Mereka juga berhak mendapatkan semua hak sebagai warga negara itu serta hak tanah warisan.
Penguat kuasa halal 'dikurung'
REMBAU 16 Mac - Pengusaha sebuah kilang memproses ayam di Pedas dekat sini bertindak di luar dugaan apabila 'mengurung' 12 pegawai dari dua agensi penguatkuasaan yang melakukan serbuan di premis itu hari ini.
Pengusaha tersebut bertindak mengunci pagar premis itu ketika serbuan dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada pukul 5.30 petang.
Turut terperangkap di dalam premis itu ialah tiga wartawan dan dua jurukamera yang membuat liputan serbuan berkenaan.
Difahamkan, tindakan itu dilakukan oleh pihak pengusaha bagi menghalang sebarang berita dan gambar mengenai serbuan Jakim dan KPDNKK di premis itu dilaporkan oleh pihak media.
Mereka 'dikurung' selama kira-kira tiga jam dan hanya dapat keluar dari kilang itu selepas polis tiba dan melakukan rundingan dengan pengusaha berkenaan.
Penolong Pengarah Jakim, Mohd. Amri Abdullah yang ditemui pemberita menjelaskan, operasi itu dibuat berikutan rampasan satu tan metrik ayam di Pulau Pinang kerana diragui cara penyembelihannya.
"Siasatan awal kami mendapati kilang ini membekalkan ayam kepada salah sebuah syarikat yang membekalkannya pula kepada salah sebuah pasar raya terkenal di Pulau Pinang.
"Berikutan maklumat itu, sepasukan anggota KPDNKK dan Jakim bertindak memeriksa kilang ini," katanya.
Mohd. Amri memberitahu, Jakim menggantung sementara sijil halal kilang terbabit sehingga siasatan selesai….
Keluarga nahas kereta dinaiki Tian Chua mahu ambil tindakan undang-undang
JOHOR BAHRU 16 Mac - Bapa kepada anggota tentera yang maut akibat dirempuh kereta dinaiki Ahli Parlimen Batu, Tian Chua pada Jumaat lalu, bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat dalam kemalangan itu.
Hamdan Saim, 48, berkata, terdapat unsur-unsur kecuaian yang jelas dilakukan oleh pemandu kereta tersebut sehingga mengakibatkan kemalangan berkenaan yang mengorbankan nyawa anaknya.
"Jalan di lokasi ini tak boleh memotong kerana ada garisan berkembar, tetapi kereta itu (yang membawa Tian Chua) dilihat memotong hingga hilang kawalan lalu merempuh motosikal arwah anak saya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kira-kira pukul 9 malam Jumaat lalu, Mohd. Salleh Hamdan, 22, yang menunggang motosikal dirempuh sebuah kereta Mercedes Benz di Kilometer 49 Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran Hutan Lipur Panti di Kota Tinggi.
Mohd. Salleh kemudian dikejarkan ke Hospital Kota Tinggi tetapi meninggal dunia ketika menerima rawatan dua jam kemudian.
Hamdan berkata, kelalaian pemandu kereta tersebut menyebabkan mereka sekeluarga kehilangan orang tersayang yang diharapkan bagi membantu mereka pada masa depan.
Justeru menurutnya, dia berasa terpanggil untuk mendapatkan pembelaan sewajarnya di atas kelalaian yang berlaku itu.
"Saya ada dua orang saksi yang sanggup membantu dalam kes ini. Seorang ialah pemandu Perodua Viva yang dipotong oleh Mercedes itu dan seorang lagi adalah penunggang motosikal yang turut terlibat dan nampak kejadian itu," katanya.
Hamdan berkata, bagaimanapun buat masa ini, dia masih belum menguruskan soal perundangan atau berjumpa dengan peguam…
Ulasan: Eloklah selesaikan kes ini di mahkamah kerana kita yakin setakat ini mahkamah boleh di percayai.
Wacana 153 bangkit semangat pelajar
SHAH ALAM 16 Mac - Wacana 153 yang diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah menaikkan semangat pelajar-pelajar universiti itu untuk terus mempertahankan Perkara 153 dalam Perlembagaan.
Wacana anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bersama Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) dengan kerjasama UiTM juga telah memberi kefahaman kepada pelajar-pelajar berkenaan tentang hak-hak orang Melayu yang tercatat dalam Perlembagaan.
Seorang peserta yang ditemui Zamri Zaini,22, berkata, forum membincangkan Artikel 153 itu telah memberi kefahaman jelas kepadanya betapa pentingnya hak-hak tersebut dipertahankan.
Penuntut bidang komunikasi itu berkata, sekiranya perkara tersebut dimansuhkan daripada Perlembagaan, anak-anak Melayu juga akan rugi dan tidak mustahil menjadi pengemis di negara sendiri.
"Kita mempunyai hak untuk mempertahankan keistimewaan orang Melayu dan tiada siapa yang patut mempertikaikan perkara itu,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas menghadiri program tersebut.
Majlis perasmian disempurnakan Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.
Seorang lagi peserta, Nurul Era Mohammad Othman, 21, memberitahu, sebelum ini dia tidak mengambil tahu mengenai Perkara 153 tetapi tanggapan itu berubah setelah menghadiri wacana tersebut.
"Saya rasa forum seperti ini sepatutnya telah diadakan semenjak sekolah menengah lagi supaya ia lebih berkesan dan memberi pemahaman yang lebih mendalam," jelasnya.
Muhammad Hafiz Mohd. Bakri, 21, pula berpendapat, Perkara 153 adalah warisan nenek moyang yang patut menjadi tanggungjawab orang Melayu tanpa mengira pangkat atau latar belakang untuk mempertahankannya.
"Hak orang Melayu dari zaman dahulu dulu sudah diperakui oleh semua kaum tetapi kenapa kini ia seperti mahu dipertikaikan.
"Apa yang saya harapkan semua orang Melayu sepatutnya bersatu untuk mempertahankan Perkara 153 agar tidak dihapuskan," katanya.
Ulasan: Pertahankan Perkara 153 dengan tidak mengundi BN/UMNO dalam pilihanraya umum yang terdekat kerana selama ini UMNO tidak bertegas mempertahankan Perkara 153 itu. Lebih 50 tahun dapat kuasa memerintah lantas seronok buat kekayaan peribadi tanpa hak.
Rakyat Palestin bantah kuil Yahudi di Baitulmaqdis
TENTERA Israel menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan pemuda-pemuda Palestin yang membaling batu semasa membantah pembinaan penempatan haram Yahudi di Issawiya di timur Baitulmaqdis, semalam. - AFP
BAITULMAQDIS 16 Mac - Berpuluh-puluh penduduk Palestin bertempur dengan polis Israel di timur Baitulmaqdis hari ini, 'Hari Kemarahan' yang diisytiharkan Hamas sebagai protes kepada pembukaan kuil Yahudi di bandar suci ini.
Keganasan itu menjadi cabaran terbaru kepada usaha Amerika Syarikat (AS) untuk menghidupkan semula rundingan damai Asia Barat selepas Israel membangkitkan kemarahan Palestin dan bertelingkah dengan Washington berhubung pengumuman rancangan pembinaan 1,600 kediaman haram pendatang Yahudi dekat timur Baitulmaqdis.
Penduduk Palestin melontar batu ke arah polis Yahudi selain membakar tayar dan tong sampah di beberapa kawasan di timur Baitulmaqdis, yang dijajah Israel bersama Tebing Barat dalam perang pada tahun 1967.
Polis Israel membalas dengan gas pemedih mata dan peluru getah, kata saksi. Kira-kira 40 penduduk Palestin dirawat di hospital timur Baitulmaqdis kerana cedera ringan.
Jurucakap polis berkata, seramai 3,000 anggota diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas Hamas menyeru agar protes anti-Israel diadakan.
"Kami meminta penduduk Palestin memperingati Selasa sebagai hari kemarahan ke atas tindakan penjajah (Israel) di Baitulmaqdis menentang Masjid Al-Aqsa," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Hamas.
Hamas dan pegawai Palestin yang mempunyai kaitan dengan pergerakan Fatah menyatakan kerja pemulihan kuil Hurva di Kuarters Yahudi, Kota Lama Baitulmaqdis yang membahayakan Masjid al-Aqsa yang terletak hanya 400 meter jauh.
Israel menafikan hal tersebut.
Majlis perasmian yang diadakan semalam di rumah ibadat itu, yang diletupkan oleh tentera Jordan semasa mereka menakluk Kuarters Yahudi dalam Perang Asia Barat 1948. Israel menjajah semula kawasan itu 19 tahun kemudian.
Keganasan tercetus sejak beberapa minggu lalu di Baitulmaqdis selepas Israel memutuskan untuk memasukkan tapak suci di Tebing Barat dalam rancangan warisan kebangsaan Yahudi menimbulkan kemarahan penduduk Palestin. – REUTERS
Ulasan: Kerajaan haram Israel sengaja
Lawatan Obama lebih kepada pengaruh, bukan dasar
WASHINGTON 16 Mac - Lawatan kedua Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke Asia sejak memegang jawatan itu tahun lalu mungkin tidak membuahkan hasil nyata, namun persinggahan di dua negara adalah langkah penting untuk memulihkan pengaruh AS di rantau ini.
Ekonomi, keganasan dan perubahan iklim adalah antara isu penting dalam lawatan Obama ke Indonesia, negara dengan penduduk paling ramai di dunia dan Australia, sekutu penting AS dan penyokong usaha ketenteraan di Afghanistan.
Obama adalah Presiden AS pertama dalam sedekad untuk terbang ke Asia Tenggara bukan atas tujuan menghadiri persidangan serantau, pendekatan yang disifatkan pegawai pentadbiran sebagai menggambarkan usaha beliau untuk mengukuhkan hubungan dengan negara lebih kecil yang sedang meningkat maju.
"Terdapat beberapa negara yang penting seperti Australia dan Indonesia yang merupakan pemain utama," kata penasihat kanan Obama tentang Asia, Jeff Bader…
Ulasan: Kalau benar-benar negara yang merdeka dan berdaulat, katakan terus kepada Obama bahawa lawatanmu sebagai presiden AS tidak dilayan.
Pro-Israel di Kongres AS bidas Obama
WASHINGTON 16 Mac - Kutukan keras pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke atas Israel minggu lalu mencetuskan 'ribut api' di Kongres dan di kalangan kumpulan pro-Israel yang menyifatkan kritikan ke atas sekutu rapat AS di Asia Barat sebagai 'salah tempat'.
Sejak tercetusnya kontroversi, rasa tidak puas hati penggubal undang-undang berpengaruh dan kumpulan berkepentingan ditujukan terhadap keputusan pentadbiran Obama yang mengutuk Israel secara terbuka terhadap pengumuman perumahan baru Yahudi di timur Baitulmaqdis ketika Naib Presiden Joe Biden mengadakan lawatan Selasa lalu dan secara terbuka menyuarakan kekecewaan beliau Jumaat lalu.
Ketika diplomat kedua-dua negara menyifatkan situasi yang berlaku sebagai satu krisis, kemarahan yang timbul di AS, khususnya dari Capitol Hill, berlaku pada saat-saat sukar pentadbiran yang kini cuba mendapatkan sokongan dari penggubal undang-undang dalam pembaharuan penjagaan kesihatan dan beberapa isu domestik yang lain.
Mereka yang mengkritik maklum balas pentadbiran terhadap Israel menyuarakan kebimbangan ia mungkin mengalihkan tumpuan dan menjejaskan usaha melancarkan semula rundingan damai Israel-Palestin.
"Mungkin lebih baik jika rakan kita di pentadbiran dan beberapa tempat lain di AS mula menumpukan semula usaha proses damai.
"Apa yang ada kini adalah pertelingkahan. Cukuplah pergaduhan keluarga ini dan tiba masanya kita memberi tumpuan pada sasaran utama iaitu pelaksanaan rundingan damai Israel-Palestin," kata bekas calon Presiden yang juga senator dari Parti Republikan, John McCain semalam.
McCain dan senator bebas, Joe Lieberman mendesak pentadbiran meringankan perbalahan dengan Israel kerana ia menggambarkan perpecahan dan kelemahan kepada Iran.
"Hentikan pergeseran keluarga ini. Ia tidak diperlukan kerana memusnahkan kepentingan bersama. Tiba masa untuk merendahkan suara dan mengabaikan masalah keluarga antara AS dan Israel. Ia tidak memberi keuntungan kecuali kepada musuh kita," kata Lieberman.
Sekurang-kurangnya lapan penggubal undang-undang lain menyuarakan kebimbangan sama dan lebih ramai dijangka berbuat demikian selepas Setiausaha Negara, Hillary Clinton memarahi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berhubung pengumuman pembinaan penempatan tersebut dalam panggilan telefon yang tegang dan memakan masa lama pada Jumaat lalu.
Pegawai-pegawai White House turut mengulangi kritikan dalam rancangan wawancara Ahad lalu.
Ketegangan yang tinggi memaksa wakil khas Obama ke Asia Barat, George Mitchell menangguhkan lawatan ke rantau itu yang mana beliau sepatutnya mengadakan rundingan berasingan dengan pemimpin Israel dan Palestin. - AP
Ulasan: AS, negara berkuasa besar tapi rupa-rupanya kecil kerana masih di bawah poket Israel. Antara yang menyebabkan ini berlaku ialah kumpulan pro-Israel yang bergiat terus di berbagai bidang strategic di AS. Bila pula hubungan antara AS dan Israel dianggap sebagai keluarga?
No comments:
Post a Comment