Lantai di tingkat tiga sebuah bangunan milik Universiti Malaysia Terengganu yang sedang dalam pembinaan dekat Gong Badak, Terengganu, runtuh lewat petang tadi mengorbankan seorang pekerja binaan.
Dua orang lagi pekerja mengalami kecederaan serius manakala dua lagi cedera ringan.
Kesemua mereka adalah pekerja warga asing dari Bangladesh.Semasa kejadian jam 5.30 petang itu, tiga lagi pekerja yang turut berada di situ terselamat.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UMT, Prof Dr Yahaya Ibrahim ketika dihubungi berkata, bangunan yang sedang dalam pembinaan itu adalah untuk menempatkan Institut Oseanograf dan Institut Akuakultur.
Runtuhan itu berlaku katanya adalah disebabkan oleh perancah yang lemah pada lantai di tingkat tiga.
“Itulah yang kita dapat tahu bukan disebabkan oleh struktur yang lemah," katanya.
Dr Yahaya juga berkata, satu siasatan akan dilakukan bagi mencari punca kejadian secara terperinci dan sehingga itu, semua kerja-kerja pembinaan pada bangunan berkenaan akan dihentikan...
Ulasan: Kontraktor yang berpengalaman, pegawai safety dan jurutera sepatutnya bertanggung jawab mempastikan keselamatan pekerjanya. Sampai bila tapak bina Malaysia menjadi tempat mati pekerja asing?
No comments:
Post a Comment