Monday, March 15, 2010

Keluar PKR sama seperti hijrah untuk kebaikan?

KUALA LUMPUR: Wakil rakyat pembangkang yang kini bergelar wakil rakyat Bebas, mendakwa mereka keluar parti sebagai hijrah daripada keburukan ke arah kebaikan dan perkara sebegitu digalakkan dalam Islam. 
 
Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri, yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkata soal haram ataupun halal tidak timbul sekiranya niat penghijrahan (keluar parti) kerana Allah dan juga demi menjaga agama Islam. “Nabi Muhammad menyarankan umatnya berhijrah daripada buruk kepada baik, daripada baik pada yang lebih baik dan perkara ini cukup jelas diterangkan dalam hadis nabi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam…

Ulasan: Jangan keluar PKR dan menyokong kezaliman BN/UMNO.

No comments: