Thursday, March 25, 2010

Hadiah dari BN/UMNO: 17,303 anak luar nikah Melayu didaftar 2009

17,303 anak luar nikah didaftar 2009

2010/03/21 KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu. 

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang. 
 
Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu. 

Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara. 

Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara. Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama. 

Bagi anak pasangan bukan Islam, kebanyakan kes merujuk kepada anak dilahirkan sebelum tarikh pendaftaran perkahwinan atau anak yang tidak mempunyai bapa. 
Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009, pendaftaran ‘anak luar nikah’ membabitkan orang Melayu menduduki tempat kedua dengan 74,723 kes, di belakang kaum-kaum lain dengan 91,922 kes, diikuti India (23,696 kes) dan Cina (23,692 kes)… (Sumber : Berita Harian 21/03/2010).

Ulasan: Itulah hadiah dari pemerintahan UMNO/BN yang telah terlalu lama rakyat amanahkan menjadi kepentingan kita. Ahli politik UMNO hanya leka untuk kaya melalui cara yang tak sah. Belia kita dihancurkan. Nak harap UMNO nak bela Melayu dan Islam? Orang Islam nak undi BN lagi? Bukan Islam pun mula tolak BN. 

Eloklah rakyat bangun ajar BN dalam PRU 13 akan datang…dengan mengundi selain parti BN. Kita boleh MENGUBAHNYA. (Rujukan: Blog Ibnu Hasyim).

No comments: