Tuesday, March 23, 2010

Anwar diberi masa seminggu

KUALA LUMPUR 22 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi masa seminggu untuk menjelaskan dakwaannya bahawa gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditiru daripada slogan 1Israel.

Ia berikutan tindakan Anwar menuduh pembentukan gagasan tersebut mendapat nasihat daripada syarikat perunding Apco Worldwide (Apco) iaitu syarikat yang dikaitkan dengan pembentukan slogan 1Israel pada tahun 1999.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee memutuskan perkara itu setelah bersetuju permintaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz supaya Anwar diberi tempoh untuk membuat penjelasan kepada Parlimen berhubung isu tersebut.

"Sehubungan itu, sebarang tindakan lanjut selepas ini sama ada Ketua Pembangkang dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atau tidak, ia akan diputuskan selepas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut memberi penjelasannya," kata Kiandee di Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun isu yang pada asalnya di bangkitkan oleh Datuk Abd. Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) sebaik sahaja tamat sesi soal jawab kira-kira pukul 11.30 pagi telah mencetuskan perang mulut…

Ulasan: PM Najib juga akan menghadapi masalah menerangkan kepada rakyat kenapa APCO sebuah syarikat Yahudi Amerika Syarikat begitu di perlukan olehnya bila Anwar memberikan penjelasannya secara lebih terperinci. Janganlah auta rakyat. Rakyat mendapat maklumat sekarang dihujung jari. Boleh SIASAT ANWAR...tapi JANGAN LUPA SIASAT NAJIB JUGA. Ada orang BN yang berani siasat Najib?

No comments: