Mahasiswa UMS berdebar menunggu giliran
KOTA KINABALU 9 Mac - Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengakui masa menunggu giliran bagi melakukan pendakian bersama pendaki solo, Mohd. Noor Mat Amin merupakan saat yang mendebarkan.
Menurut mereka, meskipun telah melepasi ujian pendakian di Bukit Kiulu dekat sini, ia hanyalah 10 peratus daripada cabaran sebenar untuk melakukan pendakian di Gunung Kinabalu.
Irmawati Nasir, 19, yang akan melakukan pendakian ke-69 esok berkata, pada masa ini bermacam-macam perkara muncul difikirannya dalam menghadapi cabaran pendakian seperti faktor cuaca dan sebagainya.
"Sejak nama saya tersenarai dalam pendakian ke-69, saya memang risau sama ada boleh atau tidak sampai ke puncak kerana saya dengar ramai juga tidak dapat sampai ke puncak," katanya yang berasal dari Tawau, Sabah…
Ulasan: Eloklah tu boleh sampaikan kepada orang lain supaya menjaga aurat walaupun mendaki gunung. Jangan tercapai cita-cita langsung mengorbankan agama. Kosong hidup ini tanpa berdakwah.
No comments:
Post a Comment