Anak dinikah bapa dalam kereta
2010/03/11 PASIR MAS: "Baba kahwinkan saya. Baba kahwinkan dengan kawannya!” hanya kata-kata itu yang mampu diluahkan budak perempuan berusia 10 tahun sambil menangis ketika mendapatkan ibunya, sejurus pulang ke rumah selepas dibawa keluar untuk bermalam dengan suaminya.
Tangisan anak kedua daripada empat beradik itu mengejutkan ibunya, wanita keturunan Myanmar yang mahu dikenali sebagai Na, 33, yang kemudian menyoal lanjut mendapatkan penjelasan.
Na berkata, pernikahan anaknya yang masih belajar di sebuah madrasah dekat Wakaf Baru, Tumpat, terbongkar apabila perkahwinan itu diakui lelaki berusia 40-an yang menikahinya. "Saya dapat tahu pernikahan anak kami dilakukan sendiri suami saya yang melakukan akad nikah itu ketika memandu kereta.
"Sebelah tangan pegang stereng, sambil sebelah tangan lagi akad nikah anak kami kepada rakan jemaahnya sambil disaksikan rakan jemaah lain dalam kereta sama," katanya ketika ditemui di rumahnya dekat Pohon Buloh di sini, semalam.
Suri rumah itu berkata, selepas pernikahan itu dilangsungkan, anaknya yang berada di asrama madrasah, dijemput suaminya dengan alasan untuk membeli-belah di sebuah pasar raya dekat Lembah Sireh, Kota Bharu.
"Anak saya sekadar mengikut kerana ketika itu diberitahu bapanya sudah berada di pasar raya itu. Bagaimanapun, selepas tidak menemui suami saya di situ, anak saya dibawa pula menginap di sebuah hotel.
"Di hotel itu, anak saya disuruh tidur bersama lelaki yang sudah mengahwininya. Bagaimanapun, malam itu, anak saya keluar dari bilik terbabit sebelum mendapatkan bantuan dan bermalam dengan seorang tukang sapu hotel berkenaan.
"Keesokannya, anak saya dibawa pulang ke rumah oleh suami dan rakannya itu. Walaupun membawa anak kami pulang, tetapi suami saya tidak balik ke rumah," katanya.
Berang dengan kejadian itu, wanita terbabit mendapatkan bantuan ahli keluarga terdekat sebelum membuat laporan di Balai Polis Pasir Mas pada 25 Februari lalu serta melaporkan kejadian itu kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK).
Ulasan: Nik Aziz pun tak setuju. Eloklah bertanya kepada beberapa orang alim kalau tidak tahu.
&
Siasat kes kahwin kanak-kanak
KUALA LUMPUR 9 Mac - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menggesa pihak bertanggungjawab supaya segera menyiasat dua kes perkahwinan melibatkan kanak-kanak berusia 10 dan 11 tahun dengan lelaki berumur 40 dan 41 tahun, di Kelantan.
Ulasan: Kenapa pula hakim memberi izin?
No comments:
Post a Comment