Dalam berita Malaysiakini 21/3/10 yang bertajuk "Musa: Ada campurtangan 'orang ketiga' dalam PDRM" (lihat juga Mingguan Malaysia 21/3/10 "Saya tetap bersemangat"), Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dipetik sebagai berkata:
Sambil tidak melupakan tuduhan demi tuduhan tentang keakraban Musa dengan BK Tan, saya hanya hendak bertanya satu soalan sahaja:
Adakah pihak ketiga yang mengarahkan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar membunuh Altantuya Shaariibuu?
Apa hubungan mereka dengan Altantuya sebelum mereka dituduh membunuhnya?
Takkan duduk saja-saja tak dak kerja apa nak buat tiba-tiba depa berpakat "mari kita bunuh Altantuya". Dengan imaginasi yang lebih liar, katakan sungguh depa duduk tak duduk tiba-tiba rasa nak bunuh Altantuya, macam mana pula depa kenal Altantuya? Adakah sebelum itu depa kenal Altantuya?
Bunuh satu hal. Mungkin dengan pisau menyiang sayur pun depa boleh bunuh Altantuya. Tetapi bagaimana pula mereka boleh mendapatkan bahan letupan C4 untuk meletupkan mayat Altantuya? Jangan lupa, depa tak letupkan mayat Altantuya dengan mercun katak, tetapi dengan C4 yang sangat eksklusif itu (Berkaitan: Who's this powerful third party, Musa? - Malaysiakini 23/3/10, Pihak ketiga dalam PDRM bukan baru - TV Selangor 21/3/10 dan KDN tak tahu ada 'campur tangan' PDRM (Malaysiakini 22/3/10))
Terima kasih Tok Guru!:
Kunjungan Presiden mengharukan keluarga mendiang Siva (Al Husseyn 21/3/10)
http://penarikbeca.blogspot.com/2010/03/adakah-pihak-ketiga-arah-azilah-dan.html
Ulasan: Siapa arahkan polis supaya jadi pembunuh? Sejak bila mereka jadi skuad tembak mati? Tapi mesti ada kes berat melibatkan Altantuya? Siapa yang tahu, eloklah berterus terang sekiranya kita BENCI jenayah sebegitu negara berlaku kepada anak cucu kita. Kita dibayar gaji menggunakan duit rakyat bukan untuk bersekongkol membunuh.
No comments:
Post a Comment