PUTRAJAYA 8 Mac - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan kemungkinan setiausaha politik seorang menteri kanan yang disiasat berhubung kes rasuah mempunyai harta dan akaun di luar negara.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull berkata, pihaknya memerlukan sedikit masa lagi untuk menyelesaikan kes tersebut memandangkan ia melibatkan penggunaan akaun dan harta untuk disiasat.
"Beri kami sedikit masa lagi," katanya kepada pemberita hari ini di sini.
Beliau sebelum itu mengadakan sidang akhbar berhubung pelantikan Pesuruhjaya Mustafar Ali sebagai Pengarah Siasatan SPRM berkuat kuasa 1 Mac lalu…
Ulasan: Rakyat sedang tunggu nak dengar menteri dan menteri kanan kena hukum sebab ada duit yang banyak melebihi semua gajinya. Atau selama ini luruskah mereka ini?
No comments:
Post a Comment