Ia Memang Misi Bunuh Anwar
Nampaknya populariti Anwar Ibrahim sebagai tokoh politik terpenting negara ini masih juga di puncak, walau pelbagai usaha dilakukan untuk memadamkannya sejak dahulu. Diterjah dengan isu liwat Sayfool yang sekejap tenggelam sekejap timbul di mahkamah, kemudian diikuti isu tuduhan katak besar Bayan Baru bahawa Anwar memainkan nama Agong dalam projek 16 September, semuanya dihadapi Anwar dengan tabah. Dan terbaru Anwar diserang hebat kerana beliau membawa isu agensi haram jadah Zionis bernama APCO yang diternak oleh Najib bagi membaiki imejnya.
Nampaknya seperti ada satu agenda tersusun oleh BN untuk menghancurkan politik Anwar dan menafikan kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang. Mereka seperti terlalu takut bukan saja kepada aura seorang Anwar, malah melihat bayang-bayang Anwar pun sudah senak perut. Sebab itu bila Anwar bercakap mengenai APCO, lalu timbul usaha untuk menyingkirkannya dari Parlimen. Sepatutnya jika kerajaan tidak percaya bahawa APCO itu bukan agensi Zionis, mereka perlu membuktikannya. Meminta Anwar meminta maaf atas fakta yang diyakininya benar adalah tidak munasabah dan nampak ia dilakukan oleh mereka yang sangat pendek akal.
Lepas satu...satu lagi isu untuk membunuh karier politik Anwar. Mereka hanya berpuashati selepas Anwar dipenjarakan atau tergugur kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang. Seolah-olah misi mereka kini ialah untuk membunuh Anwar...ooops maksud saya misi membunuh karier politik Anwar.
~ pendikar gunung kriang
No comments:
Post a Comment