Wednesday, March 24, 2010

RM171j urus banduan asing

PUTRAJAYA 23 Mac - Kerajaan terpaksa menanggung RM171 juta bagi perbelanjaan banduan warga asing sepanjang tahun lalu. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kos tersebut membabitkan 81,396 banduan warga asing meliputi 40 peratus jumlah tahanan di penjara.

“Jumlah ini tidak termasuk 408,979 tahanan warga asing di 13 depot seluruh negara bagi tempoh 2006 sehingga tahun lalu membabitkan RM341,881 bagi kos perbelanjaan makan sehari sepanjang tahun lepas sahaja.

“Program penghantaran pulang dan pengusiran warga asing yang diuruskan oleh Jabatan Imigresen pula melibatkan kos hampir RM35 juta,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama ahli makmal pengurusan warga asing di sini hari ini.

Turut hadir timbalannya, Jelaing Mersat; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan timbalannya, Tan Sri Ismail Omar…

Ulasan: Kos itu sepatutnya di ambil daripada levi masuk setiap pendatang asing.

No comments: