Thursday, March 11, 2010

KAHERAH 11 Mac - Presiden Mesir, Hosni Mubarak dibenarkan keluar dari unit rawatan rapi sebuah hospital di Jerman semalam, empat hari selepas menjalani pembedahan pemindahan pundi hempedu.

“Mubarak, 81, meninggalkan unit rawatan rapi pagi ini dan kini dirawat di wad biasa Hospital Universiti Heidelberg.

“Kesihatan beliau bertambah baik,” kata Menteri Kesihatan Hatem al-Gabali tanpa memberitahu bila Presiden itu akan dibenarkan keluar dari hospital.

Semasa pembedahan dijalankan Sabtu lalu, satu ketumbuhan lain turut dikeluarkan dari usus kecilnya.

Sepanjang ketiadaannya, Mubarak menyerahkan kuasa eksekutif kepada Perdana Menteri Ahmed Nazif, sehingga beliau pulang ke Kaherah. – AFP

Ulasan: Rakyat lebih sayangkan pemimpin yang taat beragama dan prihatin masalah rakyat.

No comments: