Thursday, March 18, 2010

Biskop Bavaria malu kes dera seksual kanak-kanak

BERLIN 17 Mac - Biskop Roman Katolik di Bavaria, tempat kelahiran Pope Benedict XVI, semalam terkejut dan malu berhubung skandal penderaan seksual kanak-kanak yang telah menyebabkan ketua-ketua gereja kebingungan.

"Saya tidak menjangka pendedahan kes yang sebegitu banyak," kata Biskop Bavaria Ludwig Schick yang mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua gereja di Vierzehnheiligen, kepada Radio Bayerischer Rundfunk.

Katanya, beliau terkejut dan malu dengan apa yang telah berlaku di dalam gereja.

"Ia sangat pahit dan sukar diterima, namun kita perlu berdepan dengannya.

"Luka yang bernanah ini perlu didedah supaya ia dapat disembuhkan," katanya.

Di Bavaria sahaja, lebih 100 bekas pelajar institusi Katolik tampil mendakwa mereka pernah didera secara fizikal atau seksual…

Ulasan: Amalan bernikah tidak di haramkan oleh Nabi Isa tetapi diada-adakan kemudiannya oleh penganutnya yang berkuasa. Marilah balik kepada agama yang asal, Islam yang merupakan agama yang benar dari Allah, Pencipta kita, untuk semua manusia.
 

No comments: