Tuesday, March 09, 2010

Kerajaan pakatan boleh dianggap gagal?

Kerajaan pakatan boleh dianggap gagal - TPM

KUALA LUMPUR 8 Mac - Pakatan pembangkang boleh dianggap gagal berikutan ketidakupayaan untuk mengumumkan kepada rakyat segala program yang telah dijalankan dalam tempoh dua tahun mereka berkuasa.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kelemahan yang wujud pada pakatan itu adalah amat jelas jika dibandingkan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah memperkenalkan pelbagai perubahan untuk rakyat termasuk program transformasi kerajaan (GTP) dan Model Ekonomi Baru (MEB).

Beliau berkata, kerajaan BN juga telah berjaya memulihkan ekonomi negara dan ini terbukti apabila pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini diunjurkan sebanyak lima peratus.

"BN telah banyak laksanakan pembangunan dalam tempoh dua tahun selepas pilihan raya umum lalu. Walaupun Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) belum sampai setahun pentadbirannya, kita boleh lihat banyak perancangan jelas berasaskan gagasan 1Malaysia.

"Dalam tempoh dua tahun pakatan pembangkang tidak membuat apa-apa manakala Perdana Menteri belum sampai setahun tetapi sudah banyak perubahan yang dibuat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program 1 Komuniti 1 Koperasi di Kampung Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh dekat sini hari ini…

&

Tidak mampu jalankan tugas

SEMALAM genaplah dua tahun, tiga buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Selangor yang dilanda tsunami politik pada 8 Mac 2008 berada dalam genggaman pakatan pembangkang.Kedah diketuai oleh Pas, Pulau Pinang (DAP) dan Selangor (PKR). Jika sebelum ini apabila genap setahun memerintah, mereka menganggap tidak wajar kepimpinan mereka dinilai kerana dianggap masih baru tetapi bagaimana setelah dua tahun?Apakah segala yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya lalu sudah ditunaikan? Atau ia sekadar janji kosong bagi meraih undi dan kekuasaan? 

KUALA LUMPUR 8 Mac - Tempoh dua tahun yang diberi kepada pakatan pembangkang bagi mentadbir beberapa negeri membuktikan pakatan rapuh itu tidak bersedia menjalankan tugas selaku kerajaan.

Sebaliknya pemimpin kerajaan campuran DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas di beberapa negeri dilihat lupa menjalankan tugas sebagai parti pemerintah apabila fokus utama mereka adalah terus mengkritik Barisan Nasional (BN).

Semua mereka juga yakin rakyat di negeri dikuasai pembangkang akan kembali menyokong BN apatah lagi dengan transformasi kepada kerajaan dan parti yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak…

Ulasan: Dengan segala kekangan yang nampak dan yang tak nampak daripada kerajaan persekutuan BN pun, kerajaan negeri PR boleh survive, ini sudah kira hebat. Tahniah PR kerana menyebabkan kerajaan BN gelabah hari demi hari. Doakan supaya BN/UMNO hanya menjadi pembangkang kecil selepas pilihan raya umum ke 13 nanti. Marilah kita saksikan politik baru di Malaysia yang berdasarkan kebebasan, keadilan dan ketelusan. Tinggalkan politik kuno yang berpaksikan ras cara BN. Catatan hujung: Sepanjang 19 tahun, tiada rekod rasuah oleh ADUN PAS Kelantan.

No comments: