Friday, July 31, 2009

Islamist sect leader in Nigeria killed in custody

MAIDUGURI, Nigeria – The leader of the Islamist sect blamed for days of violence in northern Nigeria has been shot and killed while in police custody, officials said Thursday.

The police commander of Borno state announced on state radio that Mohammed Yusuf, the leader of the sect some call the Nigerian Taliban, has "died in police custody...

Ulasan: May Allah accept his soul for his struggle to uphold Islam and his followers. Killed while in police custody? Or purposely killed. Point to note: Backward countries are very harsh to their own people. No discussion whatsoever. The governments will use the ever ready government's machineries: police and army to KILL. Police and army should remember they are citizen too.


Bangunan tertinggi dunia Burj Dubai

DUBAI 30 Julai - Bangunan tertinggi dunia, Burj Dubai, dijangka dibuka dengan rasminya pada 2 Disember ini, menurut satu laporan berita.

Arabian Business dalam satu laporannya memetik seorang arkitek kanan projek itu sebagai berkata tarikh tersebut serentak dengan Hari Kebangsaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

"Ini merupakan satu pencapaian yang besar, dan sambutan yang cukup gemilang untuk UAE dan juga pemaju Emaar Properties, terutama sebagai majlis sambutan Hari Kebangsaan UAE," menurut arkitek itu yang tidak mahu namanya didedahkan.

Projek mega Emaar Properties bernilai AS$20 bilion (RM70 bilion) itu akan menampilkan ruang kediaman dan komersial di samping unsur hospitaliti…

Ulasan: Kita rasa kita kaya lantas hanya mengeluarkan duit. Orang lain mencapai pengalaman bekerja membuat bangunan yang hebat tetapi kita akan mengeluarkan duit untuk menyenggara dan menjaganya. Sampai bila umat Islam menjadi pengguna?

Saya tetap setia bersama UMNO - Tun Abdullah

KEPALA BATAS 30 Julai - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau tetap setia bersama UMNO dan terus menjadikan parti itu sebagai jambatan untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat tanpa mengira kaum…

Ulasan: Tetap setia dengan Islam – dulu, kini & selamanya. Insya Allah.

Gerak serah dokumen ke SPRM

SHAH ALAM 30 Julai - Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) hari ini menyerahkan dokumen yang didakwa mengandungi maklumat penting penyalahgunaan wang peruntukan oleh seorang wakil rakyat negeri ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di sini.

Dokumen setebal 17 muka surat itu diserahkan oleh Pengerusinya, Mohd. Nazree Mohd. Yunos pada pukul 11.15 pagi.

Menurut Mohd. Nazree, dokumen itu ditemui diletakkan di hadapan pintu pejabat Gerak di Kelana Jaya, pada minggu pertama bulan ini.

Katanya, setelah diteliti, dokumen itu merupakan tuntutan palsu dan perbelanjaan tidak diaudit di dalam kawasan ADUN tersebut.

"Saya hendak jelaskan ADUN itu adalah anggota pakatan pembangkang di Selangor tetapi bukan ahli DAP.

"Peruntukan itu dibelanjakan oleh ADUN tersebut dengan empat rakannya," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan dokumen tersebut di sini hari ini…

Ulasan: PSRM perlu tanya boss dulu?

Markas Taliban Nigeria dibedil tentera

MAIDUGURI 30 Julai - Tentera Nigeria membedil pekarangan markas kumpulan Taliban Nigeria sebelum bertempur dengan anggota militan tersebut yang berkubu di dalam sebuah masjid, menyebabkan berpuluh-puluh orang terbunuh.

Sekurang-kurangnya 600 orang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran sejak lima hari lalu.

Komander tentera, Mejar Jeneral Saleh Maina berkata, timbalan ketua kumpulan itu terbunuh dalam bedilan malam tadi tetapi ketua mereka, Mohammed Yusuf sempat melarikan diri bersama 300 pengikutnya.

Saksi yang melihat askar menggempur masjid berkenaan dan kemudian melepaskan tembakan mesingan ke arah anggota militan di dalamnya, menghitung kira-kira 50 mayat di dalam bangunan itu dan 50 lagi di pekarangan masjid.

Lima lagi mayat ditemui di dalam sebuah rumah besar dekat masjid itu, termasuk mayat timbalan ketua kumpulan, Bukar Shekau…

Ulasan: Banyak hal boleh selesai dengan perundingan. Sedih kerana cepat sangat membunuh rakyat. Hampir sama dengan pembunuhan beramai-ramai Memali 1985 @ 'Tragedi Berdarah Memali'. Tentera hanya kadang-kadang hebat membunuh rakyat tapi takut bertempur mempertahankan kedaulatan negara. Bagaimana dengan rasuah dalam kerajaan Nigeria?

Mursyidul Am Pas bukan pejuang Islam sebenar

KUALA LUMPUR 28 Julai - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai seorang ulama, Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata kesat atau memaki hamun pihak lain.

Katanya, Menteri Besar Kelantan itu seharusnya memberi contoh terbaik kepada ummah dan bukannya memaki hamun dan mengeluarkan kenyataan yang kurang sopan kepada pihak lain.

"Nik Aziz juga tidak sepatutnya melabelkan mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengannya sebagai menyimpang dari perjuangan Islam sebenar. 

"Ini kerana, Nik Aziz sendiri bukan seorang pejuang Islam sebenar dan tidak bersifat sempurna atau maksum seperti Nabi. Justeru, beliau tidak berhak mengeluarkan kenyataan yang bersifat seolah- olah tidak bertamadun," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengulas kenyataan Nik Aziz yang menyebut ungkapan kurang sopan 'pergi jahanamlah UMNO' ketika diminta mengulas 'salam' kerjasama di antara UMNO dan Pas…

Ulasan: Bila Tuan Guru pun di anggap bukan pejuang Islam yang sebenar, mungkin ada orang UMNO? 

Dadah RM20j: Datuk antara direman

Pegawai dan anggota polis menyusun kira-kira sejuta biji dadah jenis eramin 5 bernilai RM20 juta dan wang tunai yang dirampas semasa sidang akhbar di Pulau Pinang semalam.Penyeludupan masuk kira-kira sejuta pil eramin 5 melalui pusat kargo udara Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) yang ditumpaskan polis dalam serbuan di sebuah gudang di negeri itu, Selasa lalu, menimbulkan tanda tanya.Persoalannya, bagaimana dadah bernilai RM20 juta itu berjaya melepasi kawalan ketat keselamatan di lapangan terbang berkenaan?Siasatan polis tidak menolak kemungkinan wujudnya penglibatan ‘orang dalam' yang bersekongkol sehingga dadah itu melepasi kawalan keselamatan begitu sahaja.Dalam serbuan itu, polis turut menahan 11 lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.

&

PULAU PINANG 29 Julai - Tujuh lelaki termasuk seorang bergelar Datuk direman bagi membantu siasatan penemuan pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM10 juta awal pagi semalam.

Kesemua suspek ditahan kira-kira pukul 12.45 pagi bersama dadah jenis ekstasi dan eramin 5 yang disembunyikan dalam kotak di sebuah gudang di Sungai Dua di sini. 

Rampasan dadah itu dipercayai yang terbesar pernah dilakukan di Pulau Pinang…

Ulasan: Biasanya towkey terlepas dari kena hukum bila rasuah membelit negara.
Siapa yang sebenarnya jadi lembu? Pemberi rasuah atau pemakan rasuah. Duit yang kita dapat sebagai rasuah adalah terlalu sedikit berbanding dengan pendapatan perasuah.

Najib perlu bertanggungjawab 31 peratus kepentingan negara dalam Bernas hilang

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh) - PAS mendesak kerajaan menjelaskan kepada umum kenapa membiarkan 31 peratus kepentingan Padiberas Nasional Bhd (Bernas) -sektor strategik negara- diberikan pemilikan yang begitu besar kepada syarikat asing. 

Naib Presidennnya, Dato' Mahfuz Omar juga mendesak kerajaan menjelaskan kepada rakyat apakah pemilik Bernas sudah diberikan kebenaran untuk menjual saham yang mewakili kepentingan negara kepada syarikat asing. 

Beliau juga mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang juga menteri kewangan bertanggungjawab diatas kehilangan kepentingan negara terutama dalam menjaga keselamatan makanan untuk rakyat. 

"Sebagai sebuah syarikat besar di Hong Kong yang orientasinya bukan kebajikan seperti yang digariskan oleh kerajaan sewaktu memberikan tanggungjawab daripada Lembaga Padi Negara (LPN) kepada Bernas. 

"Bernas juga perlu menjaga kebajikan dan kepentingan petani-petani dalam negara kita serta menjaga sektor makanan utama (beras) negara ini. 

"Jadi kenapa kerajaan membiarkan pemilikan kepentingan negara ini dikuasai oleh syarikat asing? Apakah kerajaan sudah mendapat kebenaran kabinet untuk menjual kepentingan negara kepada syarikat asing?" soal beliau. 

Selain itu, ahli parlimen Pokok Sena itu juga mendesak agar kerajaan segera menarik balik permit import (AP) beras yang diberikan kepada Bernas kerana ia kini sudah tidak lagi menjadi hak milik penuh negara. 

Firma pelaburan berpengkalan di Hong Kong, Wang Tak Co Ltd muncul sebagai pemegang saham tunggal terbesar dalam Bernas berdasarkan pengumuman pemegang saham utama Bernas di Bursa Malaysia pada 28 Julai lalu. 

Wang Tak yang dimiliki oleh kumpulan Lee Hing Development Ltd menguasai 31.36 peratus atau 147.51 juta saham daripada keseluruhan 470.402 juta saham Bernas./wann_ 

Ulasan: Banyak hal pelik boleh berlaku bila pemimpin cuai. Mula-mula LPN. Kemudian Bernas yang menjual beras dan mengimport beras luar pelbagai jenama. Seronok kerana jual beras kilang orang. Orang kita dapat apa?

Usah biar firma asing kuasai saham Bernas

bhnews@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak termasuk ahli politik, tokoh akademik dan badan bukan kerajaan (NGO) mahu kerajaan segera campur tangan untuk mengelak syarikat strategik pembekalan beras negara, Padiberas Nasional Berhad (Bernas), dikuasai firma asing. 

Sambil menyuarakan kebimbangan berhubung penguasaan 31 peratus saham Bernas oleh firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong, Wang Tak Co Ltd, Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid menegaskan kerajaan perlu memandang serius dan menyatakan pendiriannya berhubung isu itu. 

"Ia bukan saja soal saham yang dijual kepada firma asing, tetapi lebih daripada itu kerana membabitkan keselamatan makanan dalam negara, orang Melayu dan rakyat yang semuanya makan nasi. 

"Bernas harus dimiliki negara, seharusnya saham milik Bernas ini dimiliki kerajaan atau Bumiputera. Saya hairan bagaimana saham ini boleh dibeli firma dari Hong Kong," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Beliau mengulas pendedahan Berita Harian mengenai kemerosotan penguasaan pelabur tempatan dalam saham Bernas yang ditubuhkan pada 1994 berikutan pengkorporatan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN). 

Berdasarkan pengumuman urus niaga pemegang saham utama Bernas di Bursa Malaysia, Isnin lalu, Wang Tak kini muncul sebagai pemegang saham tunggal terbesar Bernas apabila menguasai 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 40.402 juta saham syarikat itu. 
 
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menganggap pendedahan itu sebagai serius, meminta kerajaan bertindak cepat untuk memastikan saham berkenaan dibeli balik, selain melakukan pemantauan rapi terhadap syarikat strategik lain. 

"Saya nak tanya kenapa tiada sesiapa yang kesan pembelian saham ini lebih awal. Walaupun dibeli di pasaran terbuka, maklumat ini boleh didapati melalui Bursa Malaysia, malah sesiapa yang beli lebih daripada lima peratus ekuiti mesti mengisytiharkannya pada Bursa Malaysia. 

"Malah, perlu dipersoalkan juga sama ada pembelian saham ini disebabkan penjualan oleh pemegang saham utama," katanya. 

Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr Zainal Aznam Mohd Yusof, pula mahu motif sebenar syarikat terbabit membeli 31 peratus pegangan saham dalam Bernas diperjelaskan. 

"Kita perlu tahu tujuan sebenar syarikat terbabit melabur dalam Bernas. Apakah ia sekadar untuk mencari keuntungan atau berhasrat untuk campur tangan dan menguasai syarikat itu. 

"Ini kerana sebelum ini 100 peratus saham Bernas dikuasai Bumiputera dan Bernas adalah syarikat yang penting berkaitan padi dan kini ia sudah mengurangkan pegangan saham Bumiputera," katanya. 

Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik juga mempersoalkan mengapa hak pemilikan komoditi penting negara, seperti makanan, dibiarkan dikuasai orang luar. 

"Kita perlu ingat beras adalah makanan asasi rakyat Malaysia dan apabila kita membuka pasaran saham terlalu luas kepada orang luar tanpa kita sedari secara diam-diam mereka mendapat pegangan yang besar. Dari segi 31 peratus itu ia sudah boleh dikira sebagai menguasai sesuatu syarikat. 

"Jika ada unsur luar menguasai saham kita pada jumlah yang besar, kita bimbang ia akan dimonopoli pada saat genting dan kerana itu kepentingan rakyat perlu dijaga," katanya. 

Abdul Rahim berkata, Gabem akan menulis surat bagi meminta kerajaan bertindak segera dalam usaha mengembalikan saham berkenaan. 

"Walaupun kerajaan boleh mengawal, tetapi rakyat tidak dapat menerima keadaan ini di mana saham syarikat strategik negara berada di tangan orang luar," katanya. 

Pengerusi Eksekutif Yayasan Kajian dan Strategik Melayu, Datuk Dr Mohd Radzi Abdul Latif pula meminta kerajaan mengkaji semula perjanjian konsesi yang dimeterai Bernas dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri sebagai pembekal dan pengimport tunggal beras negara. 

"Perlu dipastikan sama ada pihak yang menandatangani perjanjian itu termasuk pemegang saham utama Bernas mematuhi syarat perjanjian atau melanggarnya. Kita juga perlu teliti sama ada penjualan saham kepada pihak asing dibenarkan atau sebaliknya dan perlukan urus niaga itu mendapat kebenaran kerajaan," katanya.

Ulasan: Apa diharap dari kerajaan BN/UMNO di bawah Najib kini? Orang Melayu sudah lama menangisi hak-haknya yang hilang di negara sendiri setelah sekian lama UMNO menjadi tulang belakang BN. Ada lagi yang di jual kerana laparkan duit asing.? Cukuplah rakyat menderita. Jom sama-sama kita memangkah parti selain dari BN dalam sebarang pilihanraya.

Kembalikan saham Bernas kepada rakyat

KUALA LUMPUR 29 Julai - Gabungan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) menggesa kerajaan mengambil langkah segera untuk mengembalikan saham Padiberas Nasional Berhad (Bernas) yang kini dimiliki orang luar ke tangan rakyat Malaysia. 

Pengerusinya, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, Gabem akan membuat gesaan bertulis kepada kerajaan supaya kedudukan saham Bernas itu dikaji semula.

''Kalau boleh biar Bernas jadi macam badan korporat di mana sahamnya diapungkan di pasaran jadi komoditi strategik.

''Macam mana kita boleh benarkan sampai 30 peratus komoditi penting seperti makanan harian rakyat Malaysia dikuasai orang luar,'' soalnya ketika ditemui pemberita di pejabat Gabem di sini hari ini. 

Rahim berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini mengenai firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong, Wang Tak Co. Ltd. yang kini muncul pemegang saham tunggal terbesar dalam syarikat strategik pembekalan beras negara itu.

Mengikut laporan tersebut, berdasarkan pengumuman urus niaga pemegang saham utama Bernas di Bursa Malaysia baru-baru ini, Wang Tak menguasai 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 470.402 juta saham Bernas. 

Rahim berkata, demi kepentingan nasional, komoditi strategik Malaysia termasuk beras mesti dikuasai rakyat negara ini jika tidak dikuasai kerajaan demi menjaga masa depan negara.

''Sebelum ini pun pandangan supaya saham-saham yang dikuasai orang luar dalam perniagaan seperti beras dikembalikan ke tangan rakyat Malaysia sudah dinyatakan dalam satu atau dua forum,'' ujarnya.

Tambah beliau, Malaysia kekurangan beras dan jika ada unsur-unsur luar atau negara luar menguasai saham-saham pada jumlah yang besar, ia dikhuatiri dapat dimanipulasi pada saat-saat genting. 

''Kita patut ingat beras ialah makanan asasi rakyat Malaysia, jadi jangan kita buka luas saham kita sehingga orang luar dalam diam sudah ambil dalam jumlah yang besar.

''Walaupun kita rasa kita boleh kawal, namun persepsi rakyat kita tidak dapat menerima saham dimiliki negara luar,'' kata Rahim. 

Jelasnya, beras merupakan kepentingan negara kerana ia bukan sahaja dimakan oleh orang Melayu tetapi seluruh rakyat Malaysia termasuk Iban, Cina dan India.

Ulasan: Apa lagi harta negara nak di jual semasa UMNO berkuasa?

HK firm’s stake will not affect Bernas

KUALA LUMPUR: Padiberas Nasional Bhd (Bernas) on Wednesday clarified that Hong Kong-based Wang Tak Co Ltd’s control of a 31% stake in Bernas, will not affect the company.

“It will not involve changes in the control and management structure of Bernas,” the company said in a statement.

The statement by Bernas was in response to local reports on the issue Wednesday.

The statement said that following the listing on the main board of the then Kuala Lumpur Stock Exchange on Aug 25, 1997, the direction and management of Bernas had been fully under the control of the Bernas board, which was fairly represented by the main and minority shareholders of the company including the government as a special shareholder…

Ulasan: Kita kena terima bahawa kita agak jahil dalam perniagaan berbanding dengan mereka yang telah lama berbudaya perniagaan. Yang penting ialah mempunyai saham dalam syarikat yang strategik. Macam-macam perkara boleh di lakukan di masa depan. Tak cukupkah pengalaman pahit bila LPN bertukar menjadi Bernas kepada orang kita? Sila tanya kakitangan LPN yang sanggup berhenti bila Bernas hendak di tubuhkan. Orang kita seronok setakat menjadi lembaga pengarah tapi keuntungan di tangan orang.

Wednesday, July 29, 2009

Silap laporan: Utusan minta maaf kepada Nik Aziz

Utusan Malaysia memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009.
YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa "nasihat beliau tidak semestinya didengar" ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.

Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu Nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz pada sidang media itu.

Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah.
Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut.

Ulasan: Eloklah kita menulis yang betul dan elok sahaja. Ada orang yang menulis yang tak betul kemudiannya memohon maaf terbuka di akhbar. Tetapi bagaimana dengan damage yang telah berlaku? 

Gula: Racun yang kita beli

Tajuk asal: Perkenal label warna setiap kandungan gula
PULAU PINANG 28 Julai - Kerajaan digesa memperkenalkan label merah, oren dan hijau untuk setiap kandungan gula pada produk makanan dan minuman.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris berkata, langkah itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kadar pengambilan bahan itu yang kini semakin membimbangkan.

Katanya, kadar pengambilan gula di kalangan rakyat pada tahap amat serius dengan purata 26 sudu teh setiap hari atau 3.9 kilogram sebulan.

Menurutnya, kadar pengambilan gula yang tinggi menyumbang kepada peningkatan penghidap diabetes di negara ini.

''Ramai yang didapati sukar untuk mempercayai mereka boleh meminum purata sehingga 26 sudu teh gula setiap hari, Namun itulah hakikatnya.

''Dengan memperkenalkan label warna isyarat pada setiap barangan, masyarakat dapat menilai kepentingan dan perbandingan kandungan gula sama ada tinggi, sederhana atau rendah dalam setiap produk itu," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Sehingga ini, Malaysia menduduki tangga keempat tertinggi di Asia dengan 800,000 pesakit pada 2007 dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 1.3 juta tahun depan.

Katanya, masyarakat perlu mengurangkan pengambilan gula kerana ia dikaitkan dengan lebih 60 jenis penyakit termasuk kanser, diabetes, kegemukan, masalah jantung dan osteoporosis.

Menurut Mohamed Idris, kesan pengambilan bahan itu dapat dilihat melalui masalah kesihatan yang teruk dan penyakit yang menyerang penduduk di negara ini setiap hari. 

Katanya, kerajaan perlu bekerjasama dengan pengeluar untuk meminda label pada produk masing-masing dengan mempamerkan kandungan sebenar gula dalam barangan mereka.

''Iklan makanan dan minuman yang mengandungi terlalu banyak gula juga perlu dihentikan di samping mempergiatkan kempen secara besar-besaran menerusi media massa untuk mendidik masyarakat mengenai keburukan pengambilan gula secara berlebihan.

''Langkah itu perlu kerana statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan 11.6 juta daripada 16 juta orang dewasa di negara ini diserang penyakit yang berpunca daripada pengambilan gula yang tinggi,'' katanya.

Ulasan: Kita sentiasa membawa balik dua jenis RACUN berwarna putih iaitu GULA dan GARAM kepada keluarga kita. Kita sebagai ibubapa mencorakkan anak-anak bersikap yang tidak tepat bila masakan tidak rasa manis (GULA) dan tidak rasa masin/hambar (GARAM). GULA & GARAM adalah racun putih yg anda beli untuk kelarga anda. Makanlah makanan yang berkhasiat bukan hanya sedap pada lidah dan mata.

Siapa rasis?: NGO Melayu sokong pendirian Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 28 Julai - Pelbagai pihak hari ini menyelar tindakan mereka yang menuduh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai rasis.

Bagi mereka, perjuangan mempertahankan kepentingan orang Melayu yang masih ketinggalan di tanah air sendiri adalah tidak salah, jauh sekali melangkaui batas yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, senario negara pada masa ini lebih menjurus kepada situasi dwi-standard iaitu Melayu akan dikecam habis-habisan dan digelar rasis apabila memperjuangkan kepentingan dan agenda mereka.

"Yang peliknya apabila kaum lain dengan lantang membuat pelbagai tuntutan dan membangkitkan isu- isu sensitif, tidak pula mereka dianggap sebagai rasis. Tetapi apabila Melayu yang bersuara akan terus dicap sebagai rasis," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ruangan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia kelmarin mempersoalkan banyak pihak bukan Melayu terutama parti-parti politik Cina yang kurang senang dengan tulisan Dr. Mahathir mengenai kepentingan orang Melayu dan menuduh beliau sebagai rasis.

Reaksi daripada tuduhan itu, Dr. Mahathir berpendapat mereka yang menuduh beliau rasis semata-mata kerana mempertahankan kepentingan orang Melayu dan menyuarakan hakikat kedudukan semasa kaum tersebut, juga merupakan orang yang rasis.

Sementara itu, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Reezal Merican Naina Merican menegaskan, adalah tidak adil melabelkan Dr. Mahathir sebagai rasis hanya kerana beliau memperjuangkan nasib kaum Melayu yang masih gagal menikmati dengan sewajarnya kekayaan 'kek' ekonomi negara.

Katanya, sekiranya benar bekas Perdana Menteri itu seorang rasis, mengapa sepanjang 22 tahun beliau mentadbir negara, kaum lain turut mendapat banyak manfaat.

"Kaum bukan Melayu yang paling banyak mendapat kek ekonomi sepanjang tempoh itu, malah senarai 10 individu terkaya negara juga kebanyakannya dari kaum Cina dan India.

"Pihak lain tidak sepatutnya selektif dalam menghormati keluhuran Perlembagaan Persekutuan, aspirasi perkara lain dipatuhi tetapi apabila membabitkan Fasal 153 mengenai keistimewaan Melayu, enggan pula dihormati," ujarnya.

Tegas beliau, usaha untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi kaum teras iaitu Melayu amat penting kerana ia akhirnya akan membawa kepada kestabilan sesebuah negara terutama yang didiami oleh masyarakat majmuk.

"Mahukah kita menjadi seperti Zimbabwe, masyarakat kulit hitam jumlahnya 90 peratus berbanding kulit putih yang hanya 10 peratus, tetapi harta dan kekayaan mereka hampir mencapai 100 peratus, akhirnya negara itu sentiasa bergolak akibat perasaan tidak puas hati," ujarnya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, kaum lain di negara ini perlu menghormati Melayu sebagai kaum teras dan sepatutnya membuang sejauh mungkin perasaan buruk sangka mereka.

Beliau yang menyokong penuh kenyataan Dr. Mahathir itu menjelaskan, orang Melayu bukannya berniat untuk mengaut sepenuhnya kekayaan negara tetapi hanya menuntut hak mereka yang sebenarnya telah pun dipersetujui bersama sebelum ini.

"Jadi, sebenarnya langsung tiada sebarang isu berbangkit. Melayu sebagai kaum teras mahu hidup harmoni cuma sekiranya kaum ini terus tercicir dikhuatiri akan mewujudkan jurang pemisah yang besar dan ia adalah tidak sihat kepada sebuah negara majmuk," katanya.

Ulasan: Selalunya kaum minoriti cepat mempersoalkan hak keistimewaan kaum majoriti padahal perkara itu telah di persetujui untuk mencapai kemerdekaan dulu. Tanpa hak keistimewaan pun mereka sudah mendapat apa yang di hajatinya. Adakah mereka akan selembut kita apabila mereka memerintah Malaysia? Cukuplah kenangan hitam kaum Melayu di Singapura.

Harga petrol masih kekal

SHAH ALAM 28 Julai - Harga minyak petrol dan diesel akan kekal pada kadar semasa dalam tempoh terdekat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai perubahan harga bahan api berkenaan…

Ulasan: Maknanya kerajaan BN akan naikkan lagi harga petrol… Selamat naik supaya BN turun cepat.

Kongsi gelap taja YB?

KUALA LUMPUR 28 Julai – Seorang penganalisis jenayah tidak menolak kemungkinan terdapat segelintir wakil rakyat ditaja oleh kumpulan-kumpulan kongsi gelap tertentu untuk menghalalkan kegiatan haram di kawasan mereka.

Hasil analisis dan pemerhatian pihaknya mendapati, banyak kegiatan haram antaranya pusat judi, hiburan, spa dan pelacuran tumbuh di kawasan terlibat selepas wakil rakyat berkenaan memenangi pilihan raya.

Menurut Kamal Affandi Hashim, tindakan wakil rakyat itu yang menghalalkan kegiatan haram di kawasannya dianggap sebagai membalas jasa golongan berkenaan.

“Berdasarkan analisis dan kajian saya, sebaik sahaja segelintir wakil rakyat ini dipilih menjadi wakil rakyat, muncul pusat-pusat perjudian, hiburan dan pelacuran yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan,” dakwanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, pelbagai pihak menggesa supaya operasi besar-besaran dijalankan untuk menggempur dan melumpuhkan kegiatan kongsi gelap yang semakin berleluasa khususnya di sekitar Lembah Klang.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali sebelum ini berkata, kegiatan kongsi gelap yang melindungi pusat-pusat hiburan, perjudian dan pelacuran memang sudah lama wujud di negara ini.

Dalam pada itu, Kamal Affandi berkata, wakil rakyat sedemikian hanyalah pemimpin boneka yang dibayangi kumpulan kongsi gelap terbabit kerana perbelanjaan sewaktu berkempen ditaja dan diri mereka dilindungi kumpulan itu.

Jelas beliau, kumpulan kongsi gelap terbabit perlu dibanteras habis-habisan kerana ia turut menyumbang kepada jenayah perkauman, khususnya apabila mereka terlibat dalam pertubuhan atau komuniti tertentu.

Sehubungan itu, katanya, kebimbangan utama kini ialah apabila rakyat gagal menilai siapa pemimpin yang mereka pilih bagi membawa keamanan dan pembangunan setempat.

“Segelintir rakyat kini dilanda masalah iaitu gagal membuat telahan yang tepat untuk memilih pemimpin yang bersih,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman ketika diminta mengulas fenomena kongsi gelap di Kuala Lumpur memberitahu, jenayah itu masih berada dalam keadaan terkawal dan tidak membimbangkan.

Katanya, kumpulan kongsi gelap di ibu negara tidak bergiat secara aktif dan pihaknya sentiasa memantau dan berjaga-jaga mengenai jenayah itu.

Tegas beliau, jika kumpulan berkenaan dilihat mengganggu dan menimbulkan kekacauan kepada keselamatan orang awam, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan.

“Kita memang menyedari terdapat beberapa kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur, tapi saya tidak boleh mengulas lanjut mengenainya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ulasan: Kita memilih mereka sebagai wakil rakyat. Wakil rakyat kita di taja oleh kongsi gelap bermakna mendapat habuan cara tidak sah. Siapa jadi lembu sebenarnya: kita, wakil rakyat dan kongsi gelap? Eloklah calon wakil rakyat terdiri dari orang yang berakhlak mulia, tidak makan rasuah dari parti yang berakhlak juga.

Tuesday, July 28, 2009

Documentary: The 10 Conditions of Love

Tajuk asal: Tayangan perdana filem Uighur

MELBOURNE 27 Julai - Tayangan perdana filem dokumentari mengenai seorang aktivis Uighur yang sebelum ini cuba dikeluarkan daripada festival filem terbesar Australia oleh pegawai China, merupakan sebuah kejayaan besar.

Festival Filem Antarabangsa Melbourne menggunakan khidmat pengawal keselamatan semasa tayangan perdana filem dokumentari The 10 Conditions of Love malam tadi kerana bimbang berlaku perkara yang tidak diingini, berikutan kemarahan China berhubung tayangan filem mengenai ketua etnik Uighur yang hidup dalam buangan, Rebiya Kadeer itu.

Pengarah festival, Richard Moore menuduh pegawai China cuba membulinya dengan menarik balik dokumentari tersebut, sementara pengarah dari China membatalkan tayangan filem mereka sebagai tanda protes…

Ulasan: Negara China wajar memberi keadilan kepada minoriti Muslim Uighur. Kezaliman hanya akan merosakkan negara.

Dua wanita Islam dirogol dan dibunuh oleh polis India

Tajuk asal: Persidangan Dewan Undangan negeri Kashmir kecoh
SRINAGAR 27 Julai - Pembukaan persidangan Dewan Undangan negeri Kashmir di India bagi penggal baru dihentikan hari ini apabila blok pembangkang menuntut perbahasan diadakan mengenai kes dua wanita Islam yang didakwa dirogol dan dibunuh semasa dalam tahanan polis.

Jenayah itu menjadi fokus bagi protes besar-besaran anjuran puak pemisah di negeri majoriti penduduk Islam itu, yang sudah lama berkempen menentang pemerintahan New Delhi.

Polis pada mulanya mendakwa dua wanita tersebut mati lemas tetapi kemudian mengakui mereka dirogol dan dibunuh.

Empat anggota polis telah ditangkap berhubung kes berkenaan kerana memusnahkan bahan bukti…

Ulasan: Bila polis sudah hilang pertimbangan, mereka akan menggunakan kuasa terhad yang ada untuk menzalimi rakyat yang tidak berdosa. Kerajaan India sila berikan keadilan kepada umat Islam kerana mereka pun manusia juga. Kezaliman kepada rakyat akan menjatuhkan sesuatu negara.

AS hidupkan rundingan damai Asia Barat

TEL AVIV 27 Julai - Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Robert Gates, tiba di Israel hari ini dalam rangka lawatan ke rantau ini bertujuan menghidupkan kembali rundingan damai Asia Barat.

Pegawai AS berkata, Gates dijadual bertemu rakan sejawatannya di Israel, Menteri Pertahanan Ehud Barak, sebelum mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu…

Ulasan: Berpuluh kali kita berunding, Israel tak kisah untuk melaksanakan janji. Nak berunding lagi dengan Yahudi yang sifatnya selalu langgar janji? Menghabiskan masa dan tenaga. Yahudi hanya mengenal peperangan. Wahai umat Islam serta warga Palestin:Lawan tetap lawan.

Restoran Felda di Mekah mula beroperasi

KUALA TERENGGANU 27 Julai - Restoran Felda di Mekah yang berharga RM200 juta telah memulakan operasi baru-baru ini selaras dengan matlamatnya untuk memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia semasa mengerjakan haji dan umrah…

Ulasan: Sesekali elok juga merasa masakan berbeza asalkan halal. Jangan kita terlalu taksubkan cita rasa tempatan sampai susah nak beribadah. Kalau pendakwah dulu sibuk nak makan lazat ikut cita rasa, sukarlah mereka datang berdakwah ke Asia Tenggara dulu dan apa akan jadi? Yang penting makanlah yang sihat.

Disekat masuk kelas surau

KLANG 27 Julai - Seramai 58 murid- murid Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Integrasi Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang di sini terpaksa belajar di bawah matahari terik apabila disekat daripada memasuki kelas di surau berhampiran kawasan itu pagi ini.

Keadaan itu berlaku apabila jawatankuasa penduduk kawasan tersebut mengarahkan agar Surau Assaudin tempat mereka belajar dikosongkan atas alasan mahu mengaktifkan kembali jemaah di situ.

Hampir dua tahun lalu, surau tersebut dijadikan kelas KAFA sementara menunggu bangunan dua kelas yang dibina oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menerima Sijil Layak Menduduki (CF) daripada pihak berkuasa tempatan…

Ulasan: Bercermatlah bila menghadapi anak-anak kerana mereka adalah pemimpin hari esok. Utamakan anak-anak, jangan biarkan mereka teraniaya dari apa pun tindakan kita.

Nazri ikrar tumpu banteras rasuah

KUALA LUMPUR 27 Julai - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini berikrar untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha memerangi gejala rasuah dalam masyarakat.

Misi itu katanya, akan dilakukan bersungguh-sungguh melalui penglibatan agensi-agensi berkaitan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara serta polis agar matlamat mengurangkan kadar rasuah tercapai.

Untuk itu beliau berkata, satu mesyuarat akan diadakan esok bagi membincangkan secara terperinci mengenai agenda kerajaan itu yang sebelum ini telah pun digariskan sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)...

Ulasan: BN/UMNO mungkin sedar kebobrokannya yang menjadikan budaya rasuah dan penyelewengan berkembang di negara kita walaupun BPR/SPRM ada mengawasi. Eloklah BN/UMNO menutup kembali pintu rasuah yang telah mengkayakan  ramai pemimpin. Persoalannya, apakah Nazri ada kekuatan untuk menutupnya?

'

Afrika pelajari cara Malaysia tangani rasuah

KAMPALA 27 Julai - Malaysia berkongsi pengalamannya menangani rasuah termasuk menerusi penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan negara-negara Afrika dalam Dialog Perkongsian Pintar Global 2009 (Global 2009) yang berlangsung di Munyonyo di sini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengalaman itu disampaikannya menerusi salah satu sesi dialog bersama ketua-ketua kerajaan yang menyertai Global 2009 hari ini.

"Kita beritahu mereka mengenai SPRM dan kita berpeluang berkongsi pengalaman bagaimana rakyat harus disedarkan tentang bahaya rasuah supaya ia dilihat sebagai sesuatu yang jijik. Ini kita bincang secara terbuka," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini…

Ulasan: Dengar tapi jangan ikut kami. Rakyat jijik merasuah tapi kebanyakan pemimpin suka dengan rasuah. BN/UMNO yang memerintah sejak merdeka telah merosakkan negara kami dengan budaya rasuah dan penyelewengan. Yang selalu kena ialah bilis bukan jerung.

Monday, July 27, 2009

Nasib Melayu di bumi Melayu

Nasib Melayu di bumi Melayu – Dr Mohd Ridhuan Tee 

JULAI 26 - Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.

Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan.

Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.

Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar nikah yang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.

Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka? Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang ini? Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.

Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masih hidup, sudah tentu tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan berkesedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah.

Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan jangan terlalu ekstrem. Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan sesuatu kenyataan, terutama orang Melayu.

Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.

Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.

Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November 1998. Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah?

Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi misteri.

Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat sangat, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada kejadian tersebut.

Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga China tetapi seorang gadis Melayu. Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina.

Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.

Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang (benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai. Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?

Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum. Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi.

Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam.

Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?

Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau.

Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain. Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.

Logik 

Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan surau dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira sejarah dan keistimewaan Islam (Melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah, kita mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia, walaupun penduduknya hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus. Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu. Terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain tak ingin ambil tahu, sebab tidak berkaitan atau tidak menguntungkan.

Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada orang bukan Melayu (parti politik Cina dan India) tentang pembelaan nasib umat Islam Cina Uighur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China. Kenapa mereka tidak bersuara menentang tindakan ganas ini?

Hanya kerana orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap. Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam, sudah tentu mereka akan melompat-lompat.

Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu murtad, berapa ramai bukan Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu mereka supaya janganlah murtad.

Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar jangan murtad, hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan jagalah hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita dengar ialah mereka akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk terus murtad dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad.

Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu berkaitan Islam, maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari hanya ketidakadilan Islam, ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam lagi.

Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal. Apa yang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstrem ini. Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kita beralah.

Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan, setelah undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamah syariah) akan dikecam habis-habisan.

Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan, berbanding politik etnik (kaum) yang sempit.

Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatan selesai. Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidak menguntungkan sesiapa. Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perlu diteruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu ikhtibar untuk kita menerokai atau berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT berfirman dalam al-Quran, jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan. – Mingguan Malaysia
http://www.malaysiainsider.com/index.php/opinion/breaking-views/33375-nasib-melayu-di-bumi-melayu--dr-mohd-ridhuan-tee-

Inkues, suruhanjaya diraja langkah terbaik

KUALA LUMPUR 26 Julai - Penubuhan sebuah suruhanjaya diraja dan inkues bagi menyiasat kes kematian Teoh Beng Hock disifatkan sebagai langkah terbaik bagi menyelesaikan kes tersebut.

Kewujudan dua badan tersebut dalam menjalankan siasatan serentak tidak membawa kepada pertindihan bidang kuasa masing-masing.

Profesor tamu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Salleh Buang berkata, penubuhan inkues mempunyai fokus yang berbeza jika dibandingkan dengan skop siasatan suruhanjaya diraja.

"Inkues yang dikendalikan majistret terletak di bawah Kanun Acara Jenayah (CPC) untuk meneliti sebab dan isu yang berkaitan kematian Beng Hock.

"Sedangkan suruhanjaya diraja yang ditubuhkan terikat di bawah Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 yang fokus memperlihat keberkesanan perjalanan prosedur sedia pakai Suruhanjaya Diraja Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya…

Ulasan: Semua ok bila dilakukan dengan ketelusan, kebebasan dan keadilan. Tapi sesetengah pihak mempunyai sejarah hitamnya sendiri menyebabkan sebahagian rakyat tidak yakin.

Taliban tingkat serangan di Afghanistan

KABUL 26 Julai - Serangan Taliban yang semakin meningkat dan korban anggota tentera Barat yang melonjak meletakkan Afghanistan dalam keadaan tegang, kurang sebulan sebelum pilihan raya penting yang dikhuatiri akan dibayangi keganasan.

Pilihan raya Presiden pada 20 Ogos ini, yang kedua dalam sejarah Afghanistan, dilihat sebagai ujian getir dalam kempen diketuai Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sejak hampir lapan tahun lalu untuk menstabilkan negara ini sejak penggulingan rejim Taliban pada 2001.

Beribu-ribu askar asing terutamanya dari AS membanjiri selatan Afghanistan dalam kerahan terbaru untuk cuba menawan semula kubu-kubu kuat Taliban, tetapi membawa kepada lonjakan kematian askar asing yang mencetuskan protes di negara-negara Barat…

Ulasan: Teruskan berdoa supaya Allah memenangkan para MujahidinMu di seluruh dunia.

Ambil iktibar tindakan Subramaniam

KAMPALA 26 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta MIC dan juga parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya mengambil iktibar daripada keputusan bekas Naib Presiden MIC, Datuk S.S. Subramaniam dan pemimpin lain menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN menegaskan, walaupun Subramaniam sebelum ini 'tidak ada lagi dalam gelanggang utama MIC' namun parti itu dan parti komponen BN yang lain perlu mengambil pengajaran dan melakukan kajian mengenai punca tindakan mereka.

"Itu (menyertai PKR) satu keputusan yang dia buat sendiri, saya sudah lama tak jumpa Subra kerana dia sudah lama menghilangkan diri, tiada lagi dalam gelanggang utama MIC.

"Saya hendak ambil pendekatan berbeza, bukannya hendak kata 'tak apalah benda itu berlaku'. Kita harus ambil iktibar, belajar daripada apa yang berlaku ini dan mengkaji mengenai penghijrahan beberapa orang BN ke PKR sama ada ia perkara biasa atau perkembangan tidak sihat," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Subramaniam, 72, menyertai PKR semalam. Bekas Naib Presiden MIC itu mendakwa 12 cawangan parti itu di Petaling Jaya akan dibubarkan dengan ahli-ahlinya bakal menjejaki langkahnya.

Ditanya bagaimana BN melihat senario keluar parti di kalangan pemimpin parti selepas tindakan Subramaniam dan bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng minggu lalu, Muhyiddin berkata, parti-parti komponen BN khususnya MIC dalam kes Subramaniam, juga perlu menilai sama ada perkembangan itu memberi kesan jangka pendek atau panjang…

Ulasan: Kalau tak mahu rasuah menjadi budaya dalam negara, masuklah ke Pakatan Rakyat.

Hillary Clinton: Iran's pursuit of nukes 'futile'

7/26/09 Secretary of State Hillary Clinton said on NBC’s “Meet the Press” on Sunday that Iran will never achieve its goal of obtaining a nuclear weapon, declaring to Tehran: "Your pursuit is futile."

"What we want to do is to send a message to whoever is making these decisions, that if you're pursuing nuclear weapons for the purpose of intimidating, of projecting your power, we're not going to let that happen," Clinton said.

"First, we're going to do everything we can to prevent you from ever getting a nuclear weapon. But your pursuit is futile, because we will never let Iran — nuclear-armed, not nuclear-armed — it is something that we view with great concern, and that's why we're doing everything we can to prevent that from ever happening. ... We believe, as a matter of policy, it is unacceptable for Iran to have nuclear weapons."

Ulasan: Tetapi kenapa Israel boleh memiliki senjata nuclear? Sampai bilakah rakyat AS perlu membiayai dan menyokong negara haram lagi apartied Israel?

Why Israel can have the nuclear weapons? Why should the US citizen continue to waste your money to sponsor and support the illegal and apartheid Israel? 

Perangi kongsi gelap

KUALA LUMPUR 26 Julai - Pelbagai pihak menggesa agar operasi besar-besaran dijalankan untuk menggempur dan melumpuhkan kegiatan kongsi gelap yang semakin berleluasa di negara ini khususnya di Lembah Klang.

Mereka mahu ia diperangi habis-habisan setelah banyak kes kebelakangan ini menunjukkan seolah-olah ia dilindungi termasuk oleh 'orang politik' sehingga tidak takut mencabar undang-undang.

Mereka yakin pihak polis mampu melakukannya berdasarkan kejayaan membongkar dan menghapuskan 15 kumpulan gengster yang bergiat aktif di Sarawak termasuk dua yang mempunyai rangkaian dengan penjenayah antarabangsa dikenali sebagai Kumpulan Wah Kee dan Ang Beng Hui pada 2007.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, kegiatan kongsi gelap yang melindungi pusat-pusat hiburan, perjudian dan pelacuran memang sudah lama wujud di negara ini.

"Sampai bila kita mahu perkara ini berterusan dan akhirnya yang menerima kesan adalah anak-anak kita sendiri. 

"Jadi kita menggesa kerajaan ambil langkah lebih tegas untuk membanteras jenayah ini," katanya kepada Utusan Malaysia…

Ulasan: Selagi pegawai kerajaan makan rasuah sampai bila kongsi gelap sukar dihapuskan. Bila kita makan rasuah, siapa sebenarnya jadi lembu?

Revolutionary Guard tightens hold in Iran crisis

CAIRO – The Revolutionary Guard tightened its already powerful hold over Iran during the post-election turmoil, raising alarm among some Iranians that it is transforming the Islamic Republic into a military state.

The elite force and an affiliated volunteer militia, the Basij, led the crackdown against street protesters who claim mass fraud in the June 12 election after President Mahmoud Ahmadinejad was declared the winner in a landslide…

Ulasan: Itu adalah lebih baik daripada negara sujud kepada AS dan sekutunya. Sama ada pilihan raya di laksanakan dalam sesuatu negara atau tidak, bermacam-macam makar AS untuk menjadikannya tiada negara mengengkari cakapnya.

Friday, July 24, 2009

US military deaths in Afghanistan region at 675

As of Thursday, July 23, 2009, at least 675 members of the U.S. military had died in Afghanistan, Pakistan and Uzbekistan as a result of the U.S. invasion of Afghanistan in late 2001, according to the Defense Department. The department last updated its figures Thursday at 10 a.m. EDT.

Of those, the military reports 504 were killed by hostile action.

Outside the Afghan region, the Defense Department reports 68 more members of the U.S. military died in support of Operation Enduring Freedom. Of those, three were the result of hostile action. The military lists these other locations as Guantanamo Bay Naval Base, Cuba; Djibouti; Eritrea; Ethiopia; Jordan; Kenya; Kyrgyzstan; Philippines; Seychelles; Sudan; Tajikistan; Turkey; and Yemen.

There were also four CIA officer deaths and one military civilian death…

Comment: More and more coffins, please. The US leaders are ready to sacrifice its military for the sake of its foreign policy which has been causing much problems in other countries. Enough is enough.

Kepimpinan Najib diyakini belia berpendidikan tinggi

KUALA LUMPUR 23 Julai – Golongan belia di negara ini yakin kepimpinan, keupayaan dan prestasi Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dalam tempoh 100 hari, menurut hasil tinjauan Yayasan Kerjasama Malaysia.

Tinjauan itu juga mendapati 64 peratus golongan belia berpendidikan tinggi di negara ini menyatakan sokongan padu mereka terhadap kewibawaan Najib.

Malah, gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri serta konsep 1Belia yang dicanang oleh Kementerian Belia dan Sukan masing-masing mencatatkan sokongan majoriti responden dengan masing-masing 76 peratus dan 74 peratus…

Ulasan: Ye ke? Sewajarnya yang berpendidikan tinggi hanya menyokong yang benar sahaja. Ilmu yang ada buka hanya untuk cari makan.

Kompaun RM300 jika guna tayar toreh

SEREMBAN 23 Julai - Kompaun maksimum RM300 akan dikenakan ke atas pemilik kenderaan persendirian yang menggunakan tayar toreh berkuat kuasa 1 November depan.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya antara 10 dan 15 peratus berpunca daripada tayar rosak.

Beliau turut menasihatkan pemilik kenderaan persendirian menukar tayar toreh kepada tayar yang diluluskan oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) serta mempunyai tanda MS, Dot atau E.

"Ia merupakan langkah terbaru kerajaan dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya berpunca dari penggunaan tayar toreh yang sememangnya berisiko tinggi,'' katanya selepas melawat kilang tayar Sun Tyre Industries Sdn. Bhd. di sini hari ini. 

Mengenai peniaga yang masih menjual tayar toreh selepas 1 November, Suret memberitahu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan pihak polis akan mengambil tindakan.

"Kita yakin dapat mengatasi masalah penggunaan tayar toreh ini dengan kerjasama semua pihak termasuk pengilang, pengedar serta penjual tayar yang akan menghentikan penjualan tayar toreh," kata beliau.

Beliau turut menasihatkan pemilik kenderaan sentiasa menjalankan pemeriksaan terhadap tayar kenderaan dari semasa ke semasa demi keselamatan ketika di jalan raya.

Ulasan: Kenapa penjual tidak di hukum? Penjual sepatutnya menjual hanya produk yang selamat.

Nizar nafi hadiri upacara nyala lilin

IPOH 23 Julai - Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan beliau menghadiri upacara menyalakan lilin bagi memperingati Teoh Beng Hock di sini pada Jumaat lalu dan mendakwa Utusan Malaysia menyiarkan laporan yang salah.

Sebaliknya, bekas Menteri Besar Perak itu menegaskan, beliau hanya menghadiri sidang akhbar mengenai majlis menyalakan lilin anjuran DAP…

Ulasan: Malunya akhbar Utusan Malaysia kerana menyiarkan laporan yang salah langsung menyebabkan masyarakat jadi kelam-kabut. Laporkanlah yang sebenar. Jangan semata-mata memenangkan taukeh.

AP mungkin dihapus - TPM

JOHOR BAHRU 23 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sistem Permit Import (AP) mungkin tidak akan kekal selamanya kerana ia tidak lagi konsisten dengan peraturan global termasuk Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO)…

Ulasan: Eloklah AP di hapuskan kerana selama ini pun cuma di nikmati oleh majoriti anak emas UMNO. Tapi bila? Boleh berlaku SEGERA sekiranya BN/UMNO tidak jadi kerajaan di negara ini.
Anda boleh mengubahnya.

Usaha terus rosakkan hati rakyat?

Tajuk asal: Usaha terus dekati hati rakyat
PUTRAJAYA 23 Julai - Seramai 300 pemimpin UMNO pelbagai peringkat akan dipilih menggerakkan modul pengurusan latihan parti yang sedang dirangka oleh pucuk pimpinan untuk memastikan tonggak Barisan Nasional (BN) itu terus dekat di hati rakyat.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Parti yang dipengerusikan beliau semalam bersetuju supaya elemen pengurusan latihan dijadikan tema mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) hujung bulan ini…

Ulasan: Rakyat sudah kenal sangat dan tahu benar putar belit BN/UMNO kerana BN/UMNO memerintah negara sejak merdeka lagi. Siapa yang selama ini merosakkan negara dengan budaya rasuah dan penyelewengan?

Netanyahu mahu `bina keamanan’ dengan Palestin

HERZLIYA 24 Julai - Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu berkata, Israel berharap untuk ‘membina keamanan dengan Palestin’, bagaimanapun tidak menjelaskan apakah langkah yang bakal diambil untuk menyambung perbincangan yang terhenti.

"Kami berharap dapat membina keamanan dengan Palestin dalam bulan-bulan mendatang dan mengembangkannya menjadi visi keamanan serantau yang lebih luas,’’ katanya dalam satu majlis di luar Tel Aviv.

Palestin telah meminta Israel menghentikan pembinaan penempatan Yahudi sebagai syarat menyambung perbincangan. – Reuters

Ulasan: Sudah berkali-kali Israel berjanji untuk pulihkan keamanan dengan Palestin. Apa yang di harapkan dari janji Yahudi ini?  

Melanggar janji merupakan sifat dari orang Yahudi, orang sudah dipandang sejak masa lampau, sehingga janji terhadap Allah, terhadap rasul yang diutus bahkan dengan sesama manusia tetap melangggar sampai sekarang. Sejak tahun 1984 ketika Negara Israel diploklamirkan, berkali-kali perjanjian dengan bangsa Arab, bahkan ada resolusi PBB, Perjanjian Camp David dan perjanjian-perjanjian bilateral yang lain selama ini tetap selalu dilanggar dan itu watak asli Yahudi yang disebut dalam Al-Quran. Surah Al-Baqarah ayat 27: artinya: “Orang-orang yang melanggar perjanjian Allah sesudah perjanjian itu dan teguh dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah untuk menghubungkannya dan membuat kerusakan di muka bumi. Mereka itulah orang-orang yang rugi”.

Oleh karena mereka melanggar janji-janji inilah maka Allah menjatuhkan laknat kepada mereka. Sudah merupakan sunnatullah apabila umat itu melanggar janjinya maka Allah menjadikan umat atau bangsa terlaknat yakni jauh dari rahmat dan akan menjadi bangsa yang keras hati. Wahai umat Islam dan warga Palestin: Teruskan perjuangan melawan Israel. Lawan tetap lawan: Palestin akan menang dan akan kalahkan Israel.

USA is the same regardless who is the President

...Obama has placed security in Afghanistan and neighbouring Pakistan at the centre of his foreign policy strategy.

He recently ordered an extra 21,000 troops to Afghanistan in a fresh push against fighters loyal to the Taliban and al-Qaeda, and has urged Pakistan's government to crack down on armed groups on its soil, particularly those operating in the border regions.

The US military and the Central Intelligence Agency (CIA) have each deployed pilotless drones to the region.

Islamabad publicly opposes the US air raids, calling them a violation of its territorial sovereignty and criticising their high civilian death toll.
From: http://english.aljazeera.net/news/americas/2009/07/200972321291877419.html

Comment: Sorry to say that the foreign policy of USA is causing most of problems in the world and will endanger its citizens everywhere.

Thursday, July 23, 2009

SURUHANJAYA DIRAJA - BUKAN INKUES !!!

Rakyat menuntut Suruhanjaya Di-Raja yang menyiasat punca sebenar kematian Teoh Beng Hock di mana ia termasuk menyiasat cara siasatan yang digunapakai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa melakukan soal siasat terhadap Teoh dan semua perkara yang boleh menentukan punca kematian beliau. Tiba-tiba mereka hanya buat inkues untuk menentukan punca sebenar kematian Teoh.

Jika Suruhanjaya Di-Raja menyiasat punca sebenar kematian Teoh, ia mempunyai bidang kuasa yang lebih luas berbanding inkues yang hanya diketuai oleh seorang Majistret.

.........adakah kita akan sekali lagi diperbodohkan oleh UMNO seperti mana UMNO memperbodohkan rakyat dengan PPSMI dahulu? Lu fikirlah sendiri.

http://saynotomunafiqeen.blogspot.com/2009/07/suruhanjaya-diraja-bukan-inkues.html

Himpunan Anti ISA 1 Ogos 2009 tetap diteruskan

Perhimpunan 1 Ogos 2009, 2 petang di Kuala Lumpur tetap diteruskan. Segala perancangan telah diatur dengan rapi oleh pihak penganjur. InsyaAllah semuanya akan berjalan lancar dan tenang. Semua pecinta keamanan dan keadilan diseru untuk turun bersama menunjukkan kuasa rakyat.

Tajuk utama himpunan tersebut ialah mendesak mansuhkan ISA, namun semua perlu turun sahaja dengan apa jua maksud demi menunjukkan kuasa rakyat Malaysia.

Turunlah atas nama perjuangan membela kematian dalam tahanan seperti Beng Hock dan lain-lain, turunlah kerana perjuangan bahasa yang dipermainkan oleh Regim BN, turunlah kerana menentang rasuah, salahguna kuasa...  Turunlah bersama menuntut kemerdekaan negara sebenar!!

Dijemput melayari beberapa laman yang mempromosi 1 Ogos 2009
http://bebaskanmereka.blogspot.com
http://lailagmi.blogspot.com

Sumber: http://chegubard.blogspot.com/2009/07/himpunan-anti-isa-1-ogos-2009-tetap.html

Gerhana matahari paling lama

KUALA LUMPUR 22 Julai - Malaysia menerima tempias bayangan gerhana matahari separa hari ini bermula pukul 8.23 pagi meskipun fenomena gerhana matahari penuh yang terpanjang pada abad ini dapat disaksikan di China.

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA) Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Mhd Fairos Asillam berkata, fenomena kali ini mencapai masa terpanjang maksimum iaitu 6 minit 39 saat berbanding satu hingga dua setengah minit sebelum ini…

Ulasan: Jangan hanya khayal dengan ilmu manusia yang terlalu sedikit berbanding denganNya. Sudah solat sunat gerhana matahari seperti di ajarkan oleh Rasulullah s.a.w.?

PGSM kesal kenyataan Shahrizat, Lo' Lo'

KUALA LUMPUR 22 Julai - Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kesal dengan kenyataan dua ahli politik yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman sebatan ke atas model wanita kerana meminum arak.

Timbalan Presidennya, Musa Awang berkata, adalah tidak wajar kedua-dua tokoh berkenaan mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia seolah-olah cuba mencabar dan menghina keputusan mahkamah. 

''Sebarang ketidakpuasan hati dengan keputusan mahkamah hendaklah dibuat melalui tatacara dan prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ahli Parlimen Titiwangsa dari Pas, Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali hari ini yang melahirkan perasaan terkejut dengan hukuman sebatan enam kali yang dikenakan terhadap Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, yang disifatkan mereka sangat keras.

Keputusan yang dibuat oleh Hakim Syarie, Datuk Abdul Rahman Yunus turut melibatkan hukuman denda RM5,000 selepas model pelancongan yang berasal dari Sungai Siput, Perak mengaku bersalah.

Musa berkata, apa yang diputuskan oleh Abdul Rahman masih ringan berbanding hukuman sebenar menurut hukum syarak yang membolehkan pesalah dihukum sehingga 40 sebatan sebagaimana pada zaman Nabi Muhammad SAW dan sahabat- sahabat.

''Kami tidak menafikan bahawa tidak terdapat hukuman sebat di Mahkamah Sivil untuk pesalah wanita, lelaki berumur 50 tahun (kecuali atas kesalahan rogol) atau pesakit mental, tetapi perlu ditegaskan bahawa dalam Islam tiada beza antara pesalah lelaki dan wanita. 

''Walaupun kedua-dua tokoh ini berniat baik untuk memperjuangkan nasib wanita, tetapi mereka perlu faham bahawa kaedah dan cara pelaksanaan hukuman sebat yang ditetapkan oleh Mahkamah Syariah amat berbeza dengan Mahkamah Sivil," katanya.

Kata beliau, prosedur untuk menjalankan hukuman sebat di Pahang ada diperincikan secara jelas dalam Seksyen 125 dan Seksyen 126 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 iaitu:

*Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat daripada rotan atau ranting kecil yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

*Kalau pesalah itu hamil, hukuman hendaklah dilaksanakan selepas dua bulan dia melahirkan anak.

*Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh pegawai kesihatan kerajaan.

* Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran pegawai perubatan kerajaan.

*Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.

*Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.

*Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat tidak mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.

*Pegawai perubatan kerajaan akan memperakukan sama ada pesalah itu masih boleh menerima sebatan atau ditangguhkan untuk baki sebatan.

Ulasan: Sebagai pengajaran untuk ramai lagi yang menyukai arak eloklah hukuman itu dilaksanakan segera.

Cubaan tutup isu salah guna wang kerajaan

SHAH ALAM 22 Julai - Tindakan pakatan pembangkang mendesak supaya siasatan berhubung penyalahgunaan wang peruntukan kerajaan negeri Selangor dihentikan ekoran kematian Teoh Beng Hock merupakan cubaan mereka untuk menutup isu itu daripada terbongkar.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Noh Omar berkata, kematian setiausaha politik kepada seorang Exco Selangor pada Khamis lalu itu telah dijadikan bahan untuk menghalang perbuatan buruk mereka yang terlibat didedahkan melalui siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

''Sebenarnya mereka (pakatan pembangkang) sudah tidak tahan apabila SPRM mula menyiasat kes itu dan mencari kaedah untuk membuatkan rakyat marah dengan SPRM supaya siasatan tidak diteruskan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pakatan pembangkang menyuarakan desakan itu ketika mengadakan perhimpunan di Stadium Kelana Jaya dekat sini pada Ahad lalu…

Ulasan: Terima kasih PSRM kerana bersusahpayah untuk menjaga negeri-negeri di bawah PR daripada rasuah dan penyelewengan. Tetapi rakyat musykil kenapa pula PSRM (dulu BPR)  tak siasat beratus laporan rasuah yang telah di terimanya di buat sejak 20 tahun lalu?

Buang sindrom lesu, malas fikir - TPM

KUALA LUMPUR 22 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru anggota masyarakat membuang sindrom kelesuan, kemalasan dan kelemahan berfikir dengan memperluaskan penghayatan budaya berfikir.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sekiranya rakyat lesu daya fikir dan lemah kekuatan minda serta terus khayal dengan aktiviti-aktiviti yang melekakan, akhirnya masyarakat akan ketandusan jiwa.

"Kita perlu menjana masyarakat yang berbudaya fikir tinggi dengan kecenderungan untuk membuat kajian, melakukan penganalisaan, menerbitkan karya ilmiah berkualiti, menggemari wacana ilmiah dan menghargai golongan ilmuwan.

"Masyarakat yang maju akan menjadikan budaya fikir sebagai sebahagian daripada budaya hidup mereka. 

''Inilah faktor penentu yang bakal menjamin pembangunan tamadun baru dan kewujudan bangsa cemerlang pada masa depan," katanya.

Muhyiddin berucap pada Malam Sumbangsih Yayasan Nurul Yaqeen Apresiasi Ke-18 Tahun di Hotel Hilton di sini malam ini…

Ulasan: Rakyat perlu fikir-fikirkan kebaikan-kebaikan kalau BN/UMNO tidak lagi jadi kerajaan Malaysia. Sekurang-kurangnya rasuah dan penyelewengan bukan lagi menjadi budaya kita.

Wednesday, July 22, 2009

Wanita MCA desak daftar bayi sebagai anak Teoh

Jul 22, 09 Wanita MCA menggesa kerajaan supaya membenarkan anak yang sedang dikandung oleh tunang Teoh Beng Hock, didaftarkan dengan nama Teoh sebagai bapanya, bila dilahirkan kelak.

Peraturan sekarang mewajibkan kehadiran bapa kandung untuk pendaftaran kelahiran apabila seseorang anak dilahirkan.

Jika tidak, sijil kelahiran anak tersebut akan hanya mengandungi maklumat mengenai ibunya sahaja.

"Dengan mengambil kira persekitaran kematian Teoh dan demi peri kemanusiaan, Wanita MCA menggesa menteri dalam negeri supaya membenarkan anak yang bakal dilahirkan itu, didaftarkan dengan nama bapanya," kata Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Mayat Teoh yang juga setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui tengahari Khamis lalu, selepas disoal siasata oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di negeri itu.

Dalam kenyataan hari ini, Chew berkata, Jabatan Pendaftaran Negara harus mendaftar kelahiran anak Teoh dengan menamakan Teoh sebagai bapanya… http://www.malaysiakini.com/news/109055

Ulasan: Tunang maknanya belum bernikah lagi. Tunang hanya janji akan bernikah pada tarikh yang tertentu. Belum nikah sudah ada bayi? Sejak bila pula budaya dan undang-undang Malaysia merestui anak haram (iaitu di lahirkan tanpa ikatan nikah yang sah)? 

54 Adun Pakatan Rakyat Selangor songlapkan RM 27 juta?

Tajuk asal: Apa status kes 54 Adun BN Selangor habiskan RM 27 juta? 
Zuharman MN, Jul 22, 09.

Jaraknya tidak sampai setahun selepas peristiwa kematian A. Kugan semasa di dalam tahanan polis, rakyat sekali lagi dikejutkan dengan tragedi ngeri kematian misteri Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock.

Beng Hock dilaporkan ditemui mati di koridor luar tingkat lima bangunan plaza Masalam di Shah Alam selepas disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung isu penyalahgunaan wang peruntukan melibatkan beberapa Adun Pakatan Rakyat negeri Selangor. 

Tragedi tersebut menggamit pelbagai persepsi tidak menyenangkan terhadap pihak berkuasa tempatan. Di mana piagam kerajaan dalam menjamin keselamatan suspek semasa menjalani proses siasatan? 

Apatah lagi siasatan ke atas Beng Hock dilihat agak luar biasa apabila memakan masa terlalu lama (kira-kira 10 jam). Modus operandi itu secara tidak langsung menimbulkan unsur penderaan mental sekaligus bersalahan dengan etika hak asasi manusia. 

Justeru, tidak ada cacatnya desakan agar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan kerana tragedi tersebut memberi kesan besar kepada iltizam rakyat yang ingin melihat sesuatu perkara itu dari sudut keadilan. 

Tindakan mengunci suara mana-mana individu yang cuba melontarkan pandangan atau pendapatnya terhadap perkara yang berlaku menggambarkan bayangan seram pemimpin kerajaan cuba menyembunyikan kemungkaran di sebalik telunjuk sendiri. 

Tidak mampu! Bahkan bertentangan dengan prinsip demokrasi negara. 

Perspektif kerajaan adil tidak menepati kretirearnya selagi hak kebebasan rakyat bersuara masih diganggu-gugat dengan sekatan atau ugutan. Konsep 1Malaysia rakyat didahulukan, hanya sia-sia jika gagal mencipta satu dimensi baru secara keseluruhan buat rakyat. 

Kalau Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, sendiri boleh berspekulatif, kematian mangsa berpunca dari terjun bangunan, kenapa tidak dibolehkan rakyat turut berspekulatif ia adalah dari kejahatan SPRM berdasarkan kaitan 'environment'. 

Sebelum ini, beberapa orang penyokong Dato Norza Zakaria, calon Majlis Tertinggi Umno telah membuat laporan polis bahawa mereka telah didera dan diseksa oleh SPRM semasa soal siasat dilakukan ke atas mereka berkaitan rasuah melibatkan Norza. 

Justeru cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja bukan menjurus kepada satu aspek tragedi kematian Beng Hock, tetapi apa yang lebih jauh dari itu ialah tahap keintegritiannya terhadap sesuatu kes. 

SPRM mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 2009. Sebelum ini dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia. Ditubuhkan melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 (Akta 694). 

Ia ditubuh bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam usaha pencegahan rasuah serta memperbaiki persepsi kebebasan dan ketelusan dalam pelaksanaan fungsi-fungsi suruhanjaya. 

Sebaliknya hari ini SPRM dilihat gagal membuktikan peranannya menyebabkan ramai orang mempertikaikan kredibilitinya seolah-olah mengamalkan polisi 'double standard'. 

Jika Beng Hock bersama Adun-Adun Pakatan yang lain SPRM boleh seagresif itu dalam menjalankan siasatannya, tetapi kenapa tidak terhadap beberapa pemimpin BN yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah bernilai jutaan ringgit? 

Sebagaimana kes berlaku di Selangor sebelum pilihan raya umum 8 Mac 2008 melibatkan wang peruntukan Adun BN yang berjumlah RM500,000 dihabiskan dalam tempoh 50 hari merangkumi jumlah keseluruhan (54 Adun) sebanyak RM27 juta? 

Dan kemana hilangnya aduan terhadap individu terbabit dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai RM12.5 bilion, serta istana bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo, mencecah RM24 juta melebihi pendapatan asalnya di samping lawatannya ke Disneyland yang menelan belanja hampir RM1.8 juta. 

Ringkasnya, ke mana pergi laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa pemimpin BN tidak dipedulikan SPRM? Rakyat menuntut jawapan tegas tanpa sebarang unsur politik. 

Kegagalan SPRM berbuat demikian bermakna SPRM telah mencalar polisi kebebasannya sendiri yang boleh dianggap penubuhannya adalah semata-mata untuk menjadi kuda tunggangan Umno-BN bagi melemahkan kerajaan Pakatan Rakyat. - azm _ 

Ulasan: Rakyat semua lebih suka tengok PSRM di bawah Parliamen Malaysia. Bukan lagi jadi kuda tunggangan BN/UMNO.
 

Pegawai dilarang hadir mesyuarat anjuran kerajaan pembangkang

KUALA LUMPUR 21 Julai - Berkuat kuasa serta-merta, semua pegawai agensi dan jabatan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dilarang menghadiri sebarang mesyuarat atau kursus anjuran kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar berkata, arahan itu dikeluarkan ekoran kegagalan kerajaan negeri menyumbang dana atau bantuan kepada jabatan dan agensi di bawah kementerian itu...

Ulasan: Rupa-rupa begini semangat 1Malaysia yang sedang di promosi di bawah PM baru. Kezaliman akan mencepatkan jatuhnya BN dari puncak kuasa di negara kita. Rakyat sedang memerhati dan akan menjadi hakim bila mengundi kelak.




TELUK INTAN 21 Julai - Jangan sampai runtuh baru hendak bertindak!

Kebimbangan ibu bapa murid Sekolah Kebangsaan Seri Setia Jalan Padang Tembak, dekat sini tidak mampu dibendung lagi apabila mereka sekali lagi merayu pihak berkenaan segera memperbaiki kerosakan bangunan yang berlaku sejak 10 tahun lalu.

Mereka mendakwa, kerosakan tersebut bukan sahaja menyebabkan bangunan sekolah tersebut boleh runtuh tiba-tiba tetapi juga mengundang kebimbangan sepanjang masa.

Pengerusi Majlis Permuafakatan Ibu bapa Nasional (Mapin) Perak, Ayub Muhammad, 40, meminta Kementerian Pelajaran segera menangani masalah yang berlarutan tersebut sebelum sebarang kejadian buruk berlaku.

''Saya telah menerima aduan ibu bapa yang bimbang terhadap keselamatan anak-anak mereka selagi kerosakan tidak diperbaiki,'' katanya ketika ditemui baru-baru ini…

Ulasan: Kementerian Pelajaran dah 10 tahun tak ada duit?



Bahasa Melayu cukup 'indah' - Tan Luck

JOHOR BAHRU 21 Julai - "Bahasa Melayu mampu mewujudkan perpaduan antara kaum di negara ini dan sastera Melayu amat indah kerana sarat dengan pengajaran sama ada secara tersurat mahupun tersirat".

Demikian kata-kata daripada penerima hadiah Karyawan Bukan Melayu Johor, Lee Tan Luck, 54, pada Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Darul Ta'zim Ketujuh di sini baru-baru ini.

Anugerah itu yang melayakkan beliau menerima hadiah wang tunai RM2,000 disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Persada.

Menurut Tan Luck, walaupun mampu menguasai tiga bahasa iaitu bahasa Cina, Melayu dan Inggeris, beliau yakin bahasa Melayu paling sesuai menjadi bahasa perpaduan yang dapat merapatkan hubungan pelbagai kaum di negara ini.

"Perlu ada satu bahasa yang dapat menyatukan rakyat Malaysia dan tentunya ia adalah bahasa Melayu.

"Peranan bahasa dalam menyatukan pelbagai kaum adalah amat besar dan kita semua perlu yakin dengan kemampuan bahasa Melayu," katanya ketika ditemui pada majlis itu, baru-baru ini. 

Ulasan: Orang lain nampak kehebatan bahasa kita. Kita pula menidakkannya dengan dengan berhenti dari melaksanakan bahasa kita sebagai bahasa ilmu di peringkat universiti seperti sebelum ini. Namaknya ita merdeka dari nama sahaja tapi pemikiran pemimpin kita masih berkiblatkan ke Bahasa Inggeris.

Hukuman sebat kerana minum arak

Tajuk asal: Waitress, Man To Be Caned In Malaysia For Drinking Beer

A Malaysian religious court has sentenced a man and a woman to six strokes of the cane for drinking alcohol, in a rare decision in the multicultural nation, a report said Tuesday.

Mohamad Nasir Mohamad, a 38-year-old father of four, and 22-year-old waitress Noorazah Baharuddin, were separately found drinking beer in pubs last year in central Pahang state.

A third accused, part-time model Kartika Sari Dewi Shukarno, a 32-year-old Singaporean permanent resident, has also been accused of the same offence and faces a decision on May 4.

The New Straits Times said the Sharia High Court in Pahang handed down the sentences Monday and fined the pair 5,000 ringgit (1,400 dollars) each.

"The caning is to shame them and should be done at any of the prisons in the country," judge Abdul Rahman Yunus was quoted as saying by the daily in his ruling.

He said the sentence was intended as a deterrent to other Muslims, who make up the majority of the population in Malaysia.

The New Straits Times said this was the second time such a sentence has been handed down, after the same judge sentenced two Muslim brothers to six strokes of the cane in 2005 when they were caught drinking.

However, the caning has yet to be carried out as the brothers are appealing the decision.

While Malaysia is a predominantly Muslim country, with large Indian and Chinese minorities, alcohol is widely available and Muslims are rarely punished for consuming it.

"It's rare but it's within the law and Muslims are subject to such law in this country," lawyer Pawancheek Merican, a sharia law committee member of the Malaysian Bar Council, told AFP.

Salahuddin Ayub, a lawmaker and youth chief of the opposition Islamic party PAS said he "agreed" with the court ruling.

"The ruling only concerns Muslims and it does not affect the non-Muslims. It is to remind the Muslims not to drink," he told AFP.

Malaysia has a two-track legal system, with the civil courts operating alongside state-based Sharia courts in which only Muslims can be tried for religious offences.

In the civil courts, caning is carried out with a long, thick length of rattan which breaks open the skin and leaves lasting scars.

"However, under the sharia law, the caning is more to teach and bring shame to the person rather than to inflict pain," lawyer Pawancheek told AFP.

The judge said in the New Straits Times report that the cane to be used on the convicted pair would be not more than 1.22 metres (four feet) long and 1.25 centimetres (half an inch) thick, and that the offenders would be allowed to wear their clothes. 

Ulasan dari seorang pembaca sebuah blog:

Pertama, bagi orang Islam, minum arak adalah haram dan tindakan boleh diambil mengikut kaedah undang syariah.

Kedua, kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam jika meminum arak memang terdapat dalam Quran maupun hadis Nabi iaitu hukum sebatan dan hukuman ini adalah mandatori.

Ketiga, kesalahan yang dilakukan tetapi tidak mengikut hukum syariah adalah berdosa.

Keempat, hukuman ini adalah untuk pencegahan, supaya apabila mereka Muslim melakukannya dengan sengaja dan penuh kesedaran dihukum.

Kelima, orang Islam yang taat TIDAK AKAN MEMINUM arak, dan hanya orang Islam yang engkar, gemar buat maksiat atau yang jahil sahaja yang meminum arak.

Keenam, meminum arak menimbulkan kesan psikologi kerana banyak berlaku perpecahan dalam masyarakat adalah berpunca dari meminum arak.

Ketujuh, orang Bukan Islam tidak berhak mencampuri undang-undang Islam.

Kelapan, pematuhan kepada undang-undang Islam membawa kesejahteraan kepada ummah seluruhnya.

Kesembilan, walau banyak mana undang civil, tidak berjaya mengekang masalah keruntuhan moral. Ini kerana penjara tidak menimbulkan keinsafan dan ketakutan kepada pelaku. Berapa banyak orang yang menghuni dipenjara, berapa banyak kes mahkamah yang tidak habis-habis, berapa banyak pegawai penguatkuasaan ditambah masih tidak dapat membendung ketagihan arak.

Kesepuluh, semua orang samada yang Islam dan bukan Islam mengikut fitrahnya mengakui bahawa meminum arak mendorong kepada kemaksiatan, sebab manusia tidak dapat fikir dengan waras kerana otak telah dikotori dengan minuman keras.

Kesebelas, arak hanya bagi orang yang suka berhibur, berfoya, melupakan diri kepada Tuhan Pencipta, dan gemar kepada penentangan undang-undang Allah.

Kedua belas, dengan adanya undang dikuatkuasakan, sedikit sebanyak amalan tidak sihat ini dpat dihapuskan atau setidak-tidaknya dapat dibendung.

Setuju rokok diharamkan

KANGAR 21 Julai - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu secara peribadi bersetuju jika kerajaan mewartakan merokok sebagai haram di Malaysia.

Beliau yang tidak merokok menyatakan, persetujuan itu kerana telah terbukti merokok disahkan menjadi salah satu penyebab besar yang boleh membunuh manusia daripada segi faktor kesihatan.

''Secara peribadi saya bersetuju jika rokok diharamkan. Salah satu asasnya kerana merokok boleh menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya. Itu baru daripada segi kesihatan.

''Daripada segi agama Islam pula, jika majlis fatwa mendapati merokok haram, ia perlu difatwakan," ujarnya kepada para pemberita selepas merasmikan Forum Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Negeri Perlis di Dewan Warisan di sini hari ini.

Beliau juga bersetuju jika kerajaan mengambil tindakan lebih tegas seperti mengenakan kompaun kepada mereka yang merokok di kawasan awam terutama di tempat yang dikategorikan zon larangan merokok.

Terdahulu dalam ucapannya, Menteri Besar itu turut mengajak masyarakat membenci perbuatan merokok kerana tabiat sedemikian bukan sahaja menjejaskan kesihatan tetapi merugikan daripada segi kewangan perokok sendiri.

''Apabila merokok kita kena banyak membuat bayaran, terutama untuk membeli rokok. Selepas itu bayaran untuk mengubati penyakit yang berpunca daripada merokok.

''Saya setuju benar jika kita semua sentiasa menyertai kempen hari-hari (setiap hari) tanpa tembakau, bukan setakat hari (sehari) tanpa tembakau sahaja seperti yang dibuat sekarang," tegasnya...

Ulasan: Mula tertipu dengan iklan rokok untuk menjadi kononnya dewasa kemudian menipu diri sendiri merosakkan diri dan orang lain. Yang tentu suka bila kita merokok ialah syarikat rokok.

Sistem Muamalat dan Ekonomi Islam

Oleh WAN JEMIZAN WAN DERAMAN

Sektor perbankan Islam kini makin diminati termasuk oleh yang bukan Islam. - Gambar hiasan 

Islam adalah sebuah agama yang mementingkan keadilan, kebajikan dan tidak menindas umatnya. Jadi, sudah pasti segala sistemnya tidak akan menzalimi sesiapa sama ada dari sistem ekonomi, sosial, politik dan sebagainya. 

Semuanya berlandaskan prinsip-prinsip syariah serta selaras dengan kehendak al-Quran dan sunnah.

Secara amnya, Islam mencakupi tiga skop muamalat manusia yang utama iaitu hubungan dengan Tuhannya, dengan dirinya sendiri dan dengan masyarakatnya. Ini sudah cukup menggambarkan bahawa Islam adalah lengkap dan sempurna.

Alangkah indahnya bagi mereka yang dapat menghayati dan mengamalkan Sistem Islam yang syumul (menyeluruh) sifatnya. Mana tidaknya, daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besarnya termaktub dalam ajaran Islam. 

Di antara cabang dalam Islam itu ialah aspek muamalat. Secara umumnya, konsep muamalat ialah segala aktiviti dan hubungan di antara manusia dengan manusia. 

Konsep muamalat ini amat luas skopnya, memadailah pada artikel ringkas ini mengkhususkan sistem ekonomi Islam sebagai satu skop yang dibincangkan.

Hakikatnya, Sistem Ekonomi Islam terasnya adalah akidah yang kuat kerana dengan akidah inilah, sistem ekonomi Islam dapat terlaksana dengan sempurna dan memaksimumkan manfaatnya. 

Ini kerana pelaksana kepada sistem ekonomi Islam ini sewajarnya mengetahui segala tindakan yang dibuat mestilah selari dengan kehendak Allah, dan akhirnya akan mendapat keredaan daripada-Nya.

Secara umumnya, ekonomi Islam mementingkan perkara-perkara berikut:

1. Semua aktiviti yang dilaksanakan hendaklah bertepatan dengan syariat Allah kerana dengan berpandukan kepadanya kita akan memperolehi keuntungan duniawi dan ukhrawi. 

Usaha ini memerlukan kepada pengetahuan dan pemahaman yang betul berkenaan soal halal dan haram sesuatu aktiviti. Justeru, segala urusan yang dilakukan wajiblah diniatkan semata-mata untuk mendapatkan keredaan-Nya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (al-An'am: 162)

2. Mementingkan konsep keadilan dan kepentingan sejagat. Perkara ini sangat penting kerana setiap manusia mempunyai hak-hak tertentu yang perlu dipenuhi dengan saksama. 

Tidak kira kaya mahu pun miskin, setiap daripada manusia itu mempunyai haknya yang tersendiri. Jika yang kaya berjaya dalam perniagaannya, dia seharusnya menzakatkan hartanya atau menginfakkan pada orang-orang yang kurang berkemampuan.

Ia selaras dengan maksud firman Allah SWT: (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (SAW) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. (al-Hasy: 7)

3. Keikhlasan dalam memperjuangkan sistem ekonomi Islam. Nilai ini mesti bergerak seiring dengan semua aktiviti agar ia akan membuahkan hasil yang cukup cemerlang dan lumayan yang bersesuaian dengan pandangan syariah Islam. Firman-Nya lagi yang bermaksud: Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar. (al-Bayyinah: 5)

Perkara-perkara inilah yang menjadi asas kepada terbinanya Industri Perbankan Islam dan Takaful di Malaysia. Ia merupakan alternatif kepada sistem konvensional yang ada pada hari ini. 

Kesannya, masyarakat mula sedar dan tertarik dengan sistem muamalah yang berasaskan Islam. Satu ketika dahulu, apabila disebut Bank Islam atau Bank Muamalat, ia adalah sesuatu yang asing.

Namun, hari ini kita melihat semakin banyak syarikat-syarikat takaful dan bank-bank Islam yang tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Ia membuktikan bahawa segala usaha yang dimulakan oleh para ulama melalui pembacaan dan penelitian ilmu mereka, diguna dan diaplikasikan pada masa kini. 

Ia sekali gus menjadikan sistem ekonomi atau muamalat Islam bukan suatu perkara yang retorik untuk dipraktikkan malah menjadi ikutan dan pilihan masyarakat pada hari ini. 

Kita dapat lihat kesedaran di kalangan masyarakat Islam semakin meningkat malah orang bukan Islam juga semakin ramai memilih perkhidmatan perbankan dan perlindungan berasaskan Islam tanpa rasa ragu-ragu.

Oleh itu, adalah menjadi kewajipan kepada umat Islam untuk memperjuangkan sistem ekonomi Islam ini sebagai salah satu cabang dalam Muamalat Islam. Ia bukan sekadar membantu golongan yang memerlukan atau meningkatkan taraf hidup umat Islam, malah yang lebih penting, ia adalah sebagai memenuhi tuntutan akidah Islam itu sendiri. 

Jika tidak sebagai penggerak pun, memadailah sebagai penyokong dan pengguna. Namun begitu, adakah kita sanggup melihat sebelah pihak sahaja yang bersungguh-sungguh untuk menggerak dan memartabatkan sistem muamalah dan ekonomi Islam? Sudah pasti tidak. 

Justeru, jadikan diri kita sebagai salah seorang daripada ribuan mahu pun jutaan umat Islam yang memperjuangkan sistem muamalah dan ekonomi yang berasaskan Islam ini.

Tuesday, July 21, 2009

1Malaysia ikut syariat Islam

KUCHING 20 Julai - Gagasan 1Malaysia yang membentuk pembinaan sebuah negara yang bersatu-padu berasaskan prinsip penerimaan, kesaksamaan dan perkongsian antara masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini menepati kehendak dalam tuntutan Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata, Islam menyatakan manusia diciptakan Allah dengan pelbagai rupa bangsa, kulit yang berbeza, budaya serta bahasa dengan matlamat saling berkenalan antara satu sama yang lain.

Katanya, manusia tidak mungkin berkenalan jika tiada hubungan perasaan, saling ada kecurigaan dan kurang yakin antara satu sama lain.

''Jadi, 1Malaysia yang berasaskan prinsip penerimaan, kesaksamaan dan perkongsian adalah satu perkara yang menepati tuntutan Islam malah dalam Islam telah menyebutkan bahawa kita perlu menghargai dan menghormati antara satu sama lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri majlis Konvokesyen Ketujuh Ikmas di Telaga Air, dekat sini yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Jamil Khir diminta mengulas mengenai sudut pandangan Islam berhubung gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak…

Ulasan: Habis masa kita suka melihat Islam di laksanakan dari sudut tertentu. Apakah Islam menjadi hanya menjadi alat bukan matlamat? Bilakah negara kita akan melaksanakan undang-undang Islam sekurang-kurangya di dalam masyarakat Islam? Tapi dapatkah BN di harap untuk menjayakan cita-cita besar ini? 1Malaysia ikut syariat Islam tetapi bagaimana dengan Malaysia di bawah BN?

Bapa Jia Hui kemuka rayuan

KUALA LUMPUR 20 Julai - Bapa pelajar terbaik kebangsaan, Neo Jia Hui berharap Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempertimbangkan permohonan biasiswa anaknya untuk melanjutkan pelajaran ke London School of Economics (LSE).

Neo Say Yeow, 51, berkata, beliau akan ke pejabat JPA di Putrajaya esok untuk menyerahkan surat rayuan itu, meskipun LSE yang menjadi universiti pilihan utama Jia Hui untuk melanjutkan pelajaran tiada dalam senarai universiti terkemuka JPA.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam menjelaskan pelajar itu sendiri menolak tawaran biasiswa JPA kerana enggan ke University of Melbourne sebaliknya masih bertegas untuk ke LSE yang tidak disenarai oleh jabatan itu…

Ulasan: Kalau hendakkan biasiswa, ikutlah syarat-syarat yang di tetapkan oleh penganjur. 

Galak semangat cintakan kemerdekaan

KUALA LUMPUR 20 Julai - Sebanyak 3.1 juta Jalur Gemilang akan diedarkan kepada orang ramai dan pemilik premis untuk dikibarkan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 bermula 1 Ogos ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kos untuk menghasilkan Jalur Gemilang itu ditanggung sepenuhnya oleh pihak swasta.

''Kali ini kita menggalakkan penglibatan pihak swasta secara lebih agresif bagi menyemai semangat cintakan kemerdekaan di kalangan mereka.

''Jalur Gemilang yang dihasilkan pula pelbagai saiz dan akan mula diedarkan pada 1 Ogos nanti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas persiapan sambutan kemerdekaan negara yang akan dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Ogos.

Ditanya mengenai kos sambutan Hari Kemerdekaan kali ini, beliau memberitahu, ia tidak akan melebihi RM20 juta…

Ulasan: Yang tentu tercapai ialah menghabiskan peruntukan RM20 juta. Yang tentu untung ialah syarikat membuat bendera dan kroni-kroninya. Yang belum tentu bersemangat dan cintakan kemerdekaan ialah di kalangan rakyat termasuk juga wakil rakyat. 

PSRM: Saya hanya jalankan tanggungjawab

KUALA LUMPUR 20 Julai - "Saya hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab. Saya harap semua pihak tidak mengikut emosi".

Begitu tegas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan ketika diminta mengulas desakan pakatan pembangkang semalam, supaya beliau bertanggungjawab dan meletakkan jawatan ekoran kematian Teoh Beng Hock, 30.

Sebaliknya beliau berharap dalam kes itu, semua pihak bersabar dan menunggu sehingga siasatan pihak polis selesai…

Ulasan: Kita tunggu sampai pihak polis selesai menjalankan sisatan. Tetapi PSRM
perlu ingat kepada sejarahnya yang banyaknya pilih bulu dalam menyiasat kes rasuah. Sudah banyak kes yang dilaporkan kepadanya dan BPR dulu nampaknya tidak bergerak pun. Apa yang kita buat menjadikan sejarah kita, jangan marah orang lain kalau bersangka yang bukan-bukan. 


Mati 5 jam sebelum mayat ditemui jatuh tingkat 14

SHAH ALAM 20 Julai - Laporan awal pakar patologi mendapati Setiausaha Politik kepada seorang Exco kerajaan negeri, Teoh Beng Hock, 30, meninggal dunia kira-kira empat hingga lima jam sebelum mayatnya ditemui di tingkat lima koridor luar bangunan Plaza Masalam, di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar ketika mendedahkan perkara itu berkata, siasatan pihaknya tidak menolak kemungkinan mendiang jatuh dari tingkat 14 yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh turut menunjukkan mendiang tidak meninggalkan bangunan itu selepas memasuki pejabat SPRM petang Rabu lalu.

"Berdasarkan maklumat awal itu kita percaya mendiang mungkin telah meninggal dunia pada awal pagi Khamis.

"Kita akan teruskan siasatan lagi untuk merungkai kes ini," kata beliau selepas memberi taklimat perkembangan siasatan kematian Beng Hock kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan di sini pagi ini.

"Kita akan siasat segala-galanya dari semua aspek dan (beri jaminan) tidak akan tinggal sedikit pun," katanya yang akan menyiasat semua kemungkinan termasuk penglibatan kongsi gelap dalam kes itu…

Ulasan: Kes ini menjadi semakin menarik untuk di ikuti rakyat. Eloklah kes ini di siasat dengan teliti kerana ia melibatkan satu agensi penting dalam kerajaan. Biarlah yang bertanggungjawab menerima hukum seadilnya sekiranya kebenaran dan keadilan menjadi tonggak yang utama dalam negara ini. Jangan sampai majoriti rakyat tidak lagi percaya kepada pihak yang menyiasat.

Jumlah tentera AS di Afghanistan, Iraq meningkat

WASHINGTON 21 Julai - Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Robert Gates hari ini mengumumkan jumlah tentera Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan dan Iraq akan meningkat sehingga 22,000 orang untuk tempoh tiga tahun ini.

Robert berkata kepada pemberita dalam satu taklimat mengenai jumlah peningkatan itu, ia di rancang untuk memerangi ketegangan yang berlaku di Afghanistan dan Iraq, dan jumlah tentera yang telah ditempatkan bagi meningkatkan kekuatan di kedua-dua negara itu seramai 569,000.

Sehingga kini jumlah tentera yang telah berada di negara tersebut seramai 547,000. - Reuters.

Ulasan: Teruskan berdoa: Ya Allah, berikanlah kemenangan kepada saudara kami Mujahidin di Afghanistan dan Iraq dan seluruh dunia.

Monday, July 20, 2009

Facebook pupuk belia berpolitik

KUALA LUMPUR 19 Julai – Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan sepenuhnya laman web sosial Facebook bagi menarik golongan belia untuk berpolitik, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata, langkah itu wajar kerana Facebook merupakan laman yang paling digemari golongan tersebut pada masa ini.

Katanya, berdasarkan pengalaman peribadinya, beliau ‘bersahabat’ dengan lebih 2,800 belia menerusi Facebook yang mana mereka masih berminat berbicara tentang politik…

Ulasan: Apalah gunanya menjadi orang politik yang berselindung di belakang nama perjuangan bangsa dan agama tetapi bermatlamatkan memperkayakan diri dan kaum keluarga sendiri melalui jalan yang tidak sah.

Pesta 'pantai' Terengganu dihidupkan kembali

KUALA TERENGGANU 19 Julai - Pesta Terengganu yang dihentikan 15 tahun lalu akan diadakan semula pada 31 Julai ini hingga 15 Ogos di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai dekat sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Za'abar Datuk Mohd. Adib berkata, ia bertujuan menjadikan pesta itu sebagai platform bagi acara pelancongan yang unik di negeri Terengganu setiap tahun.

Beliau berkata, selain itu, ia juga untuk menghidupkan kembali tradisi 'Pesta Main Pantai' yang amat sinonim dengan masyarakat Terengganu…

Ulasan: Kalau setakat nak berseronok suka, berhiburan yang melalaikan dan habiskan peruntukan negeri, eloklah tak payah di adakan. Bila berhibur tanpa ada sebarang sekatan biasanya berlakulah perzinaan. Kepada semua wakil rakyat: Tak cukupkah perzinaan yang berkembang kini di negara kita?

Pembangkang politikkan kematian Beng Hock

KUALA SELANGOR 19 Julai – Kes kematian Setiausaha Politik seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock pada Khamis lalu telah dipolitikkan pemimpin parti pembangkang untuk mengalihkan perhatian rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu bertujuan supaya dakwaan penyalahgunaan wang peruntukan kerajaan negeri oleh tujuh wakil rakyat Selangor yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat ditenggelamkan…

Ulasan: Bayangkan kalau tiba-tiba berlaku kematian Setiausaha Politik seorang Exco Kerajaan Negeri di bawah jajahan BN  di jumpai mati terjatuh bangunan selepas 10 jam di soalsiasat oleh PSRM. Rasanya BN/UMNO dan parti-parti komponen dalam mempolitikkan kematian itu kerana mereka mempunyai sebab yang wajar untuk bersangka tidak baik terhadap PSRM.

Bagaimana adakah PSRM akan memulakan siasatan penyalahgunaan wang peruntukan kerajaan negeri dan negara oleh wakil rakyat BN selama ini yang telah lama di laporkan kepada BPR dan PSRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)?

Hanya Suruhanjaya DiRaja dapat mengembalikan maruah PSRM yang tercemar.