SHAH ALAM 30 Julai - Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) hari ini menyerahkan dokumen yang didakwa mengandungi maklumat penting penyalahgunaan wang peruntukan oleh seorang wakil rakyat negeri ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di sini.
Dokumen setebal 17 muka surat itu diserahkan oleh Pengerusinya, Mohd. Nazree Mohd. Yunos pada pukul 11.15 pagi.
Menurut Mohd. Nazree, dokumen itu ditemui diletakkan di hadapan pintu pejabat Gerak di Kelana Jaya, pada minggu pertama bulan ini.
Katanya, setelah diteliti, dokumen itu merupakan tuntutan palsu dan perbelanjaan tidak diaudit di dalam kawasan ADUN tersebut.
"Saya hendak jelaskan ADUN itu adalah anggota pakatan pembangkang di Selangor tetapi bukan ahli DAP.
"Peruntukan itu dibelanjakan oleh ADUN tersebut dengan empat rakannya," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan dokumen tersebut di sini hari ini…
Ulasan: PSRM perlu tanya boss dulu?
No comments:
Post a Comment