Tuesday, July 28, 2009

Disekat masuk kelas surau

KLANG 27 Julai - Seramai 58 murid- murid Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Integrasi Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang di sini terpaksa belajar di bawah matahari terik apabila disekat daripada memasuki kelas di surau berhampiran kawasan itu pagi ini.

Keadaan itu berlaku apabila jawatankuasa penduduk kawasan tersebut mengarahkan agar Surau Assaudin tempat mereka belajar dikosongkan atas alasan mahu mengaktifkan kembali jemaah di situ.

Hampir dua tahun lalu, surau tersebut dijadikan kelas KAFA sementara menunggu bangunan dua kelas yang dibina oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menerima Sijil Layak Menduduki (CF) daripada pihak berkuasa tempatan…

Ulasan: Bercermatlah bila menghadapi anak-anak kerana mereka adalah pemimpin hari esok. Utamakan anak-anak, jangan biarkan mereka teraniaya dari apa pun tindakan kita.

No comments: