Tuesday, July 21, 2009

Galak semangat cintakan kemerdekaan

KUALA LUMPUR 20 Julai - Sebanyak 3.1 juta Jalur Gemilang akan diedarkan kepada orang ramai dan pemilik premis untuk dikibarkan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 bermula 1 Ogos ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kos untuk menghasilkan Jalur Gemilang itu ditanggung sepenuhnya oleh pihak swasta.

''Kali ini kita menggalakkan penglibatan pihak swasta secara lebih agresif bagi menyemai semangat cintakan kemerdekaan di kalangan mereka.

''Jalur Gemilang yang dihasilkan pula pelbagai saiz dan akan mula diedarkan pada 1 Ogos nanti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas persiapan sambutan kemerdekaan negara yang akan dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Ogos.

Ditanya mengenai kos sambutan Hari Kemerdekaan kali ini, beliau memberitahu, ia tidak akan melebihi RM20 juta…

Ulasan: Yang tentu tercapai ialah menghabiskan peruntukan RM20 juta. Yang tentu untung ialah syarikat membuat bendera dan kroni-kroninya. Yang belum tentu bersemangat dan cintakan kemerdekaan ialah di kalangan rakyat termasuk juga wakil rakyat. 

No comments: