Wednesday, July 08, 2009

Sains, Matematik dalam bahasa Melayu mulai 2012

PUTRAJAYA 8 Julai - Matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan kebangsaan akan diajar dalam bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan keputusan Kabinet itu berkata, pengajaran dan pembelajaran kedua-dua matapelajaran itu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil pula dalam bahasa ibunda masing-masing.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan juga memutuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan dimantapkan.

Katanya, pelaksanaan bermula secara bertahap iaitu bagi tahun satu, tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat.

Perubahan dasar itu bagaimanapun tidak melibatkan tingkatan enam dan matrikulasi. - Utusan

Ulasan: Gaya kerajaan BN/UMNO ialah memansuhkan PPSMI tapi bersyarat. Ertinya Bahasa Melayu bukan lagi bahasa ilmu di peringkat universiti seperti yang dilaksanakan sebelum ini. Bahan Melayu hanya bahasa ilmu peringkat sekolah rendah dan menengah saja. Demikianlah rosaknya pemikiran pemimpin BN/UMNO yang terlalu sayangkan Bahasa Inggeris. Hanya sebahagian saja PPSMI di mansuhkan. Rakyat mungkin kena turun ke perhimpunan aman lagi dan lagi untuk menuntut Bahasa Melayu dijadikan bahasa ilmu di peringkat universiti tanpa syarat.

No comments: