KUALA LUMPUR 22 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru anggota masyarakat membuang sindrom kelesuan, kemalasan dan kelemahan berfikir dengan memperluaskan penghayatan budaya berfikir.
Timbalan Perdana Menteri berkata, sekiranya rakyat lesu daya fikir dan lemah kekuatan minda serta terus khayal dengan aktiviti-aktiviti yang melekakan, akhirnya masyarakat akan ketandusan jiwa.
"Kita perlu menjana masyarakat yang berbudaya fikir tinggi dengan kecenderungan untuk membuat kajian, melakukan penganalisaan, menerbitkan karya ilmiah berkualiti, menggemari wacana ilmiah dan menghargai golongan ilmuwan.
"Masyarakat yang maju akan menjadikan budaya fikir sebagai sebahagian daripada budaya hidup mereka.
''Inilah faktor penentu yang bakal menjamin pembangunan tamadun baru dan kewujudan bangsa cemerlang pada masa depan," katanya.
Muhyiddin berucap pada Malam Sumbangsih Yayasan Nurul Yaqeen Apresiasi Ke-18 Tahun di Hotel Hilton di sini malam ini…
Ulasan: Rakyat perlu fikir-fikirkan kebaikan-kebaikan kalau BN/UMNO tidak lagi jadi kerajaan Malaysia. Sekurang-kurangnya rasuah dan penyelewengan bukan lagi menjadi budaya kita.
No comments:
Post a Comment