Tuesday, July 14, 2009

Warga emas juga kini disebat

PUTRAJAYA 13 Julai - Walaupun melangkaui usia 50 tahun, seorang datuk diperintah menjalani hukuman sebatan 24 kali selepas mengaku merogol cucunya sebanyak dua kali tahun lepas.

Ini berikutan pindaan Kanun Tatacara Jenayah pada 2007 (CPC) yang mewajibkan pesalah melangkaui usia tersebut disebat tidak seperti sebelum ini di mana mereka dikecualikan menjalani hukuman sebatan.

Warga emas berusia 58 tahun itu dan identitinya dirahsiakan diperintah menjalani hukuman penjara berjumlah 40 tahun atas kesalahan sumbang mahram.

Kedua-dua perintah hukuman itu diputuskan panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff yang menolak rayuan tertuduh.

Warga emas yang mengaku melakukan kedua-dua kesalahan itu diperintah menjalani hukuman penjara 20 tahun dan sebatan 12 kali bagi setiap tuduhan dan hukuman berjalan berturutan.
Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya, Kwan Li Sa berhujah agar rayuan lelaki itu ditolak kerana perayu mengambil kesempatan terhadap cucu di bawah jagaannya itu setelah ibu bapanya bercerai pada 2004.

Pendakwa raya berhujah, pindaan terhadap Seksyen 289(c) CPC kini mewajarkan lelaki yang berusia melebihi 50 tahun disebat atas kesalahan rogol, sumbang mahram dan seks luar tabii.

''Jika sebelum ini, warga emas terselamat daripada sebatan mandatori sebanyak 10 kali mengikut Seksyen 289 CPC yang lama, kini tidak lagi setelah bonus pengecualian itu ditarik balik.

''Pindaan yang berkuat kuasa pada 7 September 2007, mewajarkan sebatan terhadap pesalah berumur 50 tahun ke atas bagi kesalahan di bawah Seksyen 376, Seksyen 377C, Seksyen 377CA atau Seksyen 377E Kanun Keseksaan,'' ujar beliau.

Li Sa berhujah, pindaan itu juga mewajibkan pesalah dikenakan sebatan minimum 10 kali berdasarkan keperluan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan bagi kesalahan sumbang mahram manakala hukuman penjara ditingkatkan di antara lapan tahun dan 30 tahun…

Ulasan: Eloklah hukum yang yang memberi pengajaran.

No comments: