Tuesday, July 14, 2009

Pas tiada hak tuntut janji - TPM

KUALA KRAI 13 Julai - Pemimpin Pas tidak berhak meminta kerajaan Pusat meneruskan projek pembangunan yang dijanjikan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai jika Barisan Nasional (BN) tewas, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, perkara itu adalah hak eksklusif para pengundi dan sekiranya mereka berkehendakkan perubahan besar di kawasan yang masih memerlukan banyak perhatian ini, mereka sendiri menentukannya.

''Tak bolehlah, kalau BN kalah ia menunjukkan pengundi tak nak apa yang kita tawarkan. Kerana itu dia tak mengundi kita, apa pula hak pemimpin Pas kata macam itu kerana yang berhak adalah pengundi.

''Kalau mereka tak nak, kita buat tawaran melangit dengan emas sekalipun dia takkan bagi undi juga, dia tak nak, tak naklah,'' tegasnya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat di Kampung Laloh, di sini hari ini….

Ulasan: Yang pasti ialah BN selamanya merasuah pengundi dalam pilihan raya dalam pelbagai bentuk. Apakah rakyat boleh percaya bahawa kerajaan BN yang akan membebaskan Malaysia dari rasuah? 

No comments: