Bekas Perdana Menteri itu berkata, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang sedia diamalkan sama sekali tidak menghalang Malaysia dari terus maju berbanding negara membangun lain tetapi proses liberalisasi akan membantutkan perkembangan Bumiputera.
"Faktanya ialah ketika kuota Bumiputera masih belum dipenuhi, kuota bukan Bumiputera pula semakin meningkat dan bertambah, dan polisi baru yang diperkenalkan ini hanya akan memburukkan keadaan," katanya.
Beliau menyatakan demikian ketika ditanya mengenai pentadbiran Najib yang bakal mencapai 100 hari, Sabtu ini….- Bernama, 6/7/09.
Ulasan: Semata-mata untuk menarik undi Cina, maka hancur DEB yang telah dirancang ayah sendiri. Bila UMNO berkuasa pun, satu demi satu hak Bumiputra di korbankan...
No comments:
Post a Comment