KUALA LUMPUR 27 Julai - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini berikrar untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha memerangi gejala rasuah dalam masyarakat.
Misi itu katanya, akan dilakukan bersungguh-sungguh melalui penglibatan agensi-agensi berkaitan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara serta polis agar matlamat mengurangkan kadar rasuah tercapai.
Untuk itu beliau berkata, satu mesyuarat akan diadakan esok bagi membincangkan secara terperinci mengenai agenda kerajaan itu yang sebelum ini telah pun digariskan sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)...
Ulasan: BN/UMNO mungkin sedar kebobrokannya yang menjadikan budaya rasuah dan penyelewengan berkembang di negara kita walaupun BPR/SPRM ada mengawasi. Eloklah BN/UMNO menutup kembali pintu rasuah yang telah mengkayakan ramai pemimpin. Persoalannya, apakah Nazri ada kekuatan untuk menutupnya?
'
No comments:
Post a Comment