Monday, July 06, 2009

Kempen BN lebih agresif

Mustapa Mohamed meluangkan masa mengajar Bahasa Inggeris kepada murid-murid tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Manek Urai Baru, Kelantan semasa hadir menyampaikan sumbangan pakaian dan beg sekolah di sekolah itu, semalam. – BERNAMA

KUALA KRAI 5 Julai - Barisan Nasional (BN) akan memulakan fasa kedua kempen bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai dengan lebih agresif sebaik sahaja proses penamaan calon selesai esok.

Pengarah Jentera Pilihan Raya BN Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed berkata, kempen itu adalah kesinambungan fasa pertama yang lebih tertumpu kepada mengenal pasti pengundi, ceramah dari rumah ke rumah dan menaikkan semangat pengundi.

Beliau berkata, semua jentera perhubungan BN di seluruh negara akan menghantar pasukan masing-masing untuk berkempen bagi memastikan kemenangan calon BN.

"Esok Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengetuai kira-kira 10,000 penyokong BN mengiringi calon kita, Tuan Aziz Tuan Mat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra Satu untuk penamaan calon.

"Sebaik sahaja selesai maka bermulalah kempen fasa kedua kita yang lebih agresif selepas fasa pertama berakhir malam ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini…

Ulasan: Sejak bila pula kempen BN tidak agresif?

No comments: