Monday, July 20, 2009

Pembangkang politikkan kematian Beng Hock

KUALA SELANGOR 19 Julai – Kes kematian Setiausaha Politik seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock pada Khamis lalu telah dipolitikkan pemimpin parti pembangkang untuk mengalihkan perhatian rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu bertujuan supaya dakwaan penyalahgunaan wang peruntukan kerajaan negeri oleh tujuh wakil rakyat Selangor yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat ditenggelamkan…

Ulasan: Bayangkan kalau tiba-tiba berlaku kematian Setiausaha Politik seorang Exco Kerajaan Negeri di bawah jajahan BN  di jumpai mati terjatuh bangunan selepas 10 jam di soalsiasat oleh PSRM. Rasanya BN/UMNO dan parti-parti komponen dalam mempolitikkan kematian itu kerana mereka mempunyai sebab yang wajar untuk bersangka tidak baik terhadap PSRM.

Bagaimana adakah PSRM akan memulakan siasatan penyalahgunaan wang peruntukan kerajaan negeri dan negara oleh wakil rakyat BN selama ini yang telah lama di laporkan kepada BPR dan PSRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)?

Hanya Suruhanjaya DiRaja dapat mengembalikan maruah PSRM yang tercemar.

No comments: