Tuesday, July 07, 2009

Liberalisasi ekonomi ambil hak bumiputera

PUTRAJAYA 6 Julai - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan pelaksanaan liberalisasi ekonomi sebagai mengambil hak golongan bumiputera. 

Beliau yang kurang senang dengan langkah kerajaan itu berkata, ini kerana pencapaian Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang meletakkan syarat kuota 30 peratus bagi bumiputera tidaklah begitu buruk.

Selain itu, kata beliau, pelaksanaan dasar DEB juga tidak menghalang ekonomi Malaysia tumbuh lebih pantas daripada negara-negara membangun yang lain.

''Ada orang yang gembira dengan dasar (liberalisasi) itu tetapi ada juga pihak berasa tidak gembira.

''Sama ada saya gembira atau tidak, saya tidak mempunyai kepentingan, saya mengikut trend, ada yang saya gembira dan ada yang saya tidak gembira," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan anggota Persatuan Vintaj Malaysia dan Singapura (MSVCR) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Pengerusi MSVCR Wilayah Tengah, Noorul Ariffin Abdul Majeed. 

Dr. Mahathir ditanya mengenai 100 hari kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk dasar liberalisasi sektor kewangan dan perkhidmatan yang diumumkannya baru-baru ini.

Langkah liberalisasi paling terbaru ialah menghapuskan garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) yang berkuat kuasa serta-merta, termasuk pengambilalihan kepentingan ekuiti, penggabungan dan pengambilalihan.

Dengan penghapusan garis panduan FIC itu, ia bermakna menggugurkan keperluan ekuiti bumiputera 30 peratus bagi syarikat Malaysia yang ingin disenarai awam tetapi kini mereka ditawarkan tebaran pegangan saham awal sebanyak 25 peratus.

Dr. Mahathir menyatakan, faktanya sekarang kuota bagi bumiputera belum tercapai sedangkan kuota bukan bumiputera telah berlebihan. 

''Dan sekarang dasar yang ada mengambil (kuota) daripada bumiputera bagi membolehkan ia diliberalisasikan," katanya. 

Bagaimanapun, kata beliau, terdapat juga dasar yang menggembirakan beliau iaitu pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

''Ia adalah jauh lebih baik daripada pentadbiran sebelum ini,'' jelasnya. 

Pada masa yang sama, Dr. Mahathir masih tidak berpuas hati dengan usaha membanteras rasuah sambil mendakwa terdapat mereka yang korup dilantik dalam kerajaan dan Majlis Tertinggi UMNO…

Ulama: Bapanya pernah melakukan sesuatu untuk kepentingan oran Melayu. Anaknya pula akan di kenang sebagai pernah melakukan yang bertentangan apa yang telah di lakukan oleh bapanya dahulu semata-mata untuk menarik undi Cina bila BN kalah teruk dalam PRU 12 lalu. Demikian cara pemimpin Melayu UMNO menarik undi Cina. Kita masih berkuasa tapi kita telah gadai segalanya. Mereka tidak berkuasa penuh tapi mereka mendapat apa yang hajatkan.

No comments: