Monday, July 13, 2009

Lima cedera ditanduk lembu Festival San Fermin

PAMPLONA, Sepanyol 12 Julai – Lima peserta acara larian lembu jantan di Festival San Fermin di sini cedera ditanduk lembu dan enam lagi menerima kecederaan lain-lain.

Seorang lelaki mengalami kecederaan di bahu dan kaki semasa seekor lembu jantan besar terpisah dari kelompok lembu di jalan berbatu licin menuju ke gelanggang.

Lembu jantan seberat 575 kilogram, telah melambung peserta dan kemudian menggulingnya di atas tanah di pintu masuk gelanggang.

Acara larian keenam telah diadakan selama dua hari selepas seorang lelaki berumur 27 tahun ditanduk sehingga mati, yang merupakan kematian pertama sejak 1995…

Ulasan: Jangan persalahkan lembu. Hentikanlah acara tahunan yang merosakkan.

No comments: