Thursday, July 23, 2009

Cubaan tutup isu salah guna wang kerajaan

SHAH ALAM 22 Julai - Tindakan pakatan pembangkang mendesak supaya siasatan berhubung penyalahgunaan wang peruntukan kerajaan negeri Selangor dihentikan ekoran kematian Teoh Beng Hock merupakan cubaan mereka untuk menutup isu itu daripada terbongkar.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Noh Omar berkata, kematian setiausaha politik kepada seorang Exco Selangor pada Khamis lalu itu telah dijadikan bahan untuk menghalang perbuatan buruk mereka yang terlibat didedahkan melalui siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

''Sebenarnya mereka (pakatan pembangkang) sudah tidak tahan apabila SPRM mula menyiasat kes itu dan mencari kaedah untuk membuatkan rakyat marah dengan SPRM supaya siasatan tidak diteruskan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pakatan pembangkang menyuarakan desakan itu ketika mengadakan perhimpunan di Stadium Kelana Jaya dekat sini pada Ahad lalu…

Ulasan: Terima kasih PSRM kerana bersusahpayah untuk menjaga negeri-negeri di bawah PR daripada rasuah dan penyelewengan. Tetapi rakyat musykil kenapa pula PSRM (dulu BPR)  tak siasat beratus laporan rasuah yang telah di terimanya di buat sejak 20 tahun lalu?

No comments: