Wednesday, July 08, 2009

176 juta rakyat Indonesia mengundi pilih presiden hari ini

JAKARTA 8 Julai — Seramai 176 juta rakyat Indonesia yang layak mengundi bertumpu ke pusat-pusat pengundian di seluruh negara hari ini untuk “mencontreng” (mengundi) bagi memilih presiden dan naib presiden daripada tiga pasangan calon yang bertanding bagi tempoh 2009-2014.

Lebih 451,000 pusat pengundian, kebanyakan daripadanya berbentuk khemah-khemah sementara yang didirikan di tempat awam dan kawasan lapang, dibuka mulai pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari.

Pusat-pusat pengundian itu, yang setiap satunya menampung antara 200 dan maksimum 800 pengundi, ditempatkan berdekatan tempat tinggal penduduk sehingga membolehkan mereka keluar mengundi hanya dengan berjalan kaki...

Ulasan: Bagaimana kalau Perdana Menteri Malaysia di pilih melalui pilihan raya khusus? Banyak perkara yang boleh SPR belajar untuk dimanfaatkan di Malaysia.


No comments: