Tuesday, July 28, 2009

Documentary: The 10 Conditions of Love

Tajuk asal: Tayangan perdana filem Uighur

MELBOURNE 27 Julai - Tayangan perdana filem dokumentari mengenai seorang aktivis Uighur yang sebelum ini cuba dikeluarkan daripada festival filem terbesar Australia oleh pegawai China, merupakan sebuah kejayaan besar.

Festival Filem Antarabangsa Melbourne menggunakan khidmat pengawal keselamatan semasa tayangan perdana filem dokumentari The 10 Conditions of Love malam tadi kerana bimbang berlaku perkara yang tidak diingini, berikutan kemarahan China berhubung tayangan filem mengenai ketua etnik Uighur yang hidup dalam buangan, Rebiya Kadeer itu.

Pengarah festival, Richard Moore menuduh pegawai China cuba membulinya dengan menarik balik dokumentari tersebut, sementara pengarah dari China membatalkan tayangan filem mereka sebagai tanda protes…

Ulasan: Negara China wajar memberi keadilan kepada minoriti Muslim Uighur. Kezaliman hanya akan merosakkan negara.

No comments: