SEREMBAN 15 Julai - Mencemarkan alam sekitar dan sungai adalah perbuatan yang melampau, kata Datuk Seri Mohamad Hasan di sini hari ini.
Menteri Besar berkata, dalang yang melakukan jenayah itu tidak akan diberi muka, sebaliknya tindakan mahkamah adalah tempat paling wajar untuk golongan yang tidak bertanggungjawab ini.
''Saya sudah berbincang dengan serius pada mesyuarat Exco hari ini dan kita amat kecewa dengan apa yang berlaku di Sungai Nilai dan Sungai Labu sehingga menyebabkan ia begitu tercemar dengan teruk,'' kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.
Sehubungan itu, Mohamad telah mengarahkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) bertindak tegas terhadap dalang yang mencemarkan alam sekitar ini dan memastikan mereka tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.
''Kita telah maklumkan banyak kali. Kita telah berikan begitu banyak surat amaran. Nampaknya mereka terus berdegil mencemarkan alam sekitar serta sungai di negeri ini.
''Kerajaan tidak boleh berkompromi kepada mereka yang tidak bertanggungjawab ini,'' tegas beliau.
Mohamad nyata kecewa dengan perkembangan itu mahu JAS dan MPN memantau secara dekat setiap pencemaran yang dilakukan oleh pengilang di kawasan Nilai sehingga ada yang melepaskan bahan kimia ke dalam sungai…
Ulasan: Pemimpin bercakap berdegar-degar tapi pencemaran terus berlaku lagi dan lagi. Bila rasuah membelit negara semua peraturan akan dilanggar. Kepada pemimpin politik dan kakitangan kerajaan yang makan rasuah: Siapa sebenarnya jadi lembu?
No comments:
Post a Comment