Tajuk asal: Persidangan Dewan Undangan negeri Kashmir kecoh
SRINAGAR 27 Julai - Pembukaan persidangan Dewan Undangan negeri Kashmir di India bagi penggal baru dihentikan hari ini apabila blok pembangkang menuntut perbahasan diadakan mengenai kes dua wanita Islam yang didakwa dirogol dan dibunuh semasa dalam tahanan polis.
Jenayah itu menjadi fokus bagi protes besar-besaran anjuran puak pemisah di negeri majoriti penduduk Islam itu, yang sudah lama berkempen menentang pemerintahan New Delhi.
Polis pada mulanya mendakwa dua wanita tersebut mati lemas tetapi kemudian mengakui mereka dirogol dan dibunuh.
Empat anggota polis telah ditangkap berhubung kes berkenaan kerana memusnahkan bahan bukti…
Ulasan: Bila polis sudah hilang pertimbangan, mereka akan menggunakan kuasa terhad yang ada untuk menzalimi rakyat yang tidak berdosa. Kerajaan India sila berikan keadilan kepada umat Islam kerana mereka pun manusia juga. Kezaliman kepada rakyat akan menjatuhkan sesuatu negara.
No comments:
Post a Comment