Monday, July 13, 2009

Buru 'jerung besar' jadi keutamaan

BERA 12 Julai - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan terus memburu 'jerung besar' pengedaran video cakera padat (VCD) dan cakera padat digital (DVD) cetak rompak bagi melumpuhkan kegiatan itu di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, menerusi serbuan di kilang-kilang cetak rompak, kegiatan pengedaran VCD dan DVD haram kecil-kecilan terutama di pasar malam dan kaki lima dapat dihapuskan sedikit demi sedikit.

''Dengan tangkapan dan rampasan di satu kilang cetak rompak sahaja, beratus-ratus rangkaiannya di pasar malam dan pekan sehari akan dapat dihentikan.

''Jika kita melakukan operasi di pasar-pasar malam, kita terpaksa melakukan berkali-kali," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menutup perbarisan tamat latihan kursus asas sains penguatkuasaan siri 1/2009 di padang Sekolah Kebangsaan Kampung Guai dekat sini hari ini…

Ulasan: Usaha murni akan berjaya bila pemimpin dan pegawai kerajaan tidak makan rasuah. Bila kita makan rasuah dari taukeh: Siapa jadi lembu?

No comments: