KOTA BHARU 5 Julai - Golongan ulama boleh membantu mengurangkan masalah jangkitan HIV/ Aids yang semakin menular di negara ini, kata Timbalan Presiden Majlis AIDS Malaysia, Datuk Zaman Khan (gambar).
Zaman Khan berkata, ketika mereka menyampaikan ceramah melalui kaedah Islam di masjid selepas waktu solat berhubung masalah itu, ia mampu dihayati dengan baik oleh masyarakat pelbagai peringkat usia berbanding ceramah dan kempen yang dibuat pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO).
"Kebanyakan ceramah atau apa- apa kempen terutama berkenaan HIV/AIDS yang dibuat oleh pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) lebih formal dan gagal menarik masyarakat untuk mendengar apa yang disampaikan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Memperingati Aids Sedunia 2009 di sini…
Ulasan: Apakah Islam hanya menjadi penyelesaian kepada masalah yang berpunca dari mengamalkan cara hidup bebas seks (zina) dan penyalahgunaan dadah? Terbukti bila manusia meninggalkan cara hidup beragama iaitu mentaati perintah Allah, mengikut cara hidup Rasulullah s.a.w dan hidup berdasarkan hawa nafsu, masalah demi masalah akan mencengkam manusia.
No comments:
Post a Comment