Friday, July 17, 2009

'Pakatan kuasa' tertentu cuba halang pengumuman laporan PKFZ — Tee Keat

KUALA LUMPUR Khamis Julai 16, 2009: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat mendedahkan wujudnya “pakatan kuasa-kuasa tertentu” yang telah cuba menghalang beliau daripada mengumumkan laporan audit PricewaterhouseCoopers mengenai Projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

“Kuasa-kuasa itu termasuklah orang-orang yang terbabit dengan projek tersebut, kuasa-kuasa bisnes politik yang berkaitan dengan orang-orang itu, dan pihak-pihak tertentu dalam parti pemerintah.

"Mereka antara lain mengugut untuk mengancam keselamatan diri saya, dan mengenakan tekanan dalaman… dengan tujuan untuk cuba menghalang saya mengumumkan kandungan laporan itu,“ kata beliau dalam temu ramah dengan Sin Chew Daily hari ini…
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/7/16/mstar_berita/20090716201039&sec=mstar_berita

Ulasan: Rakyat tahu PSRM mempunyai kepakaran untuk menyiasat kes ini. Tapi sayang, PSRM masih bertuankan PM yang parti politiknya berbudaya rasuah. Tidak ada cara untuk rakyat melihat negara yang kita cintai BEBAS dari rasuah dan penyelewengan kecuali kita mengundi selain BN dalam setiap pilihan raya.

No comments: