KUCHING 20 Julai - Gagasan 1Malaysia yang membentuk pembinaan sebuah negara yang bersatu-padu berasaskan prinsip penerimaan, kesaksamaan dan perkongsian antara masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini menepati kehendak dalam tuntutan Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata, Islam menyatakan manusia diciptakan Allah dengan pelbagai rupa bangsa, kulit yang berbeza, budaya serta bahasa dengan matlamat saling berkenalan antara satu sama yang lain.
Katanya, manusia tidak mungkin berkenalan jika tiada hubungan perasaan, saling ada kecurigaan dan kurang yakin antara satu sama lain.
''Jadi, 1Malaysia yang berasaskan prinsip penerimaan, kesaksamaan dan perkongsian adalah satu perkara yang menepati tuntutan Islam malah dalam Islam telah menyebutkan bahawa kita perlu menghargai dan menghormati antara satu sama lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau menghadiri majlis Konvokesyen Ketujuh Ikmas di Telaga Air, dekat sini yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.
Jamil Khir diminta mengulas mengenai sudut pandangan Islam berhubung gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak…
Ulasan: Habis masa kita suka melihat Islam di laksanakan dari sudut tertentu. Apakah Islam menjadi hanya menjadi alat bukan matlamat? Bilakah negara kita akan melaksanakan undang-undang Islam sekurang-kurangya di dalam masyarakat Islam? Tapi dapatkah BN di harap untuk menjayakan cita-cita besar ini? 1Malaysia ikut syariat Islam tetapi bagaimana dengan Malaysia di bawah BN?
No comments:
Post a Comment