Friday, July 03, 2009

AS gempur Taliban

CAMP DWYER Afghanistan 2 Julai - Beribu-ribu tentera marin Amerika Syarikat (AS) telah dikerahkan melalui darat dan udara untuk menggempur kawasan yang dikuasai Taliban di Afghanistan, yang merupakan satu ujian berisiko tinggi Presiden Barack Obama dalam rancangan perang baru yang diperkenalkan oleh Presiden AS itu di Afghanistan.

Berpuluh-puluh pesawat pejuang membawa hampir 4,000 tentera AS daripada beberapa pangkalan berlepas sebelum subuh untuk menyertai operasi menggempur pejuang Taliban jauh di dalam kawasan yang mereka kuasai di wilayah bergolak Helmand, di utara Afghanistan menjelang pilihan raya di negara ini pada bulan depan.

Ia merupakan operasi besar pertama pasukan tentera marin AS sejak mereka dihantar ke negara ini bagi menyertai 21,000 anggota tentera AS yang dihantar ke Afghanistan atas permintaan Obama sebagai satu strategi agresif AS untuk menamatkan pemberontakan Taliban di Afghanistan…

Ulasan: Wahai orang Islam di mana saja, berdoalah walaupun dari jauh supaya Allah memberikan kemenangan kepada Mujahidin dan mengalahkan tentera AS dan sekutunya.

No comments: