KUALA LUMPUR 8 Julai - Sebanyak 33 laman web lucah atau melanggar undang-undang negara ditutup oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).
Pada masa yang sama, 15 lagi laman web berunsur sama sudah dikenal pasti untuk diambil tindakan yang sama.
Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof berkata, pihaknya terpaksa bertindak demikian memandangkan peningkatan laman web berunsur lucah dan melanggar undang-undang negara.
Menurutnya, jumlah laman web lucah atau melanggar undang-undang yang dikesan tahun ini jauh lebih banyak berbanding hanya 20 laman web yang ditutup tahun lalu.
"Penutupan tersebut bertujuan mengekang lambakan laman web terbabit yang berpusat di luar negara yang mana ia sebelum ini boleh diakses di negara ini.
"Bagi mengatasi gejala ini, kita akan pantau laman web seumpamanya dan terus ambil tindakan yang sama," katanya…
Ulasan: Suruh saja syarikat pembekal internet (internet services providers, ISP) menutup semua web lucah dari dalam atau luar negara. Tanpa web lucah, kepala rakyat tidak memikirkan seks sebagai agenda utama dalam kehidupan ini. Negara kita ikut gaya kita.
1 comment:
i like this blog
Malaysia Web Design
Post a Comment