Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar berkata, arahan itu dikeluarkan ekoran kegagalan kerajaan negeri menyumbang dana atau bantuan kepada jabatan dan agensi di bawah kementerian itu...
Ulasan: Rupa-rupa begini semangat 1Malaysia yang sedang di promosi di bawah PM baru. Kezaliman akan mencepatkan jatuhnya BN dari puncak kuasa di negara kita. Rakyat sedang memerhati dan akan menjadi hakim bila mengundi kelak.
TELUK INTAN 21 Julai - Jangan sampai runtuh baru hendak bertindak!
Kebimbangan ibu bapa murid Sekolah Kebangsaan Seri Setia Jalan Padang Tembak, dekat sini tidak mampu dibendung lagi apabila mereka sekali lagi merayu pihak berkenaan segera memperbaiki kerosakan bangunan yang berlaku sejak 10 tahun lalu.
Mereka mendakwa, kerosakan tersebut bukan sahaja menyebabkan bangunan sekolah tersebut boleh runtuh tiba-tiba tetapi juga mengundang kebimbangan sepanjang masa.
Pengerusi Majlis Permuafakatan Ibu bapa Nasional (Mapin) Perak, Ayub Muhammad, 40, meminta Kementerian Pelajaran segera menangani masalah yang berlarutan tersebut sebelum sebarang kejadian buruk berlaku.
''Saya telah menerima aduan ibu bapa yang bimbang terhadap keselamatan anak-anak mereka selagi kerosakan tidak diperbaiki,'' katanya ketika ditemui baru-baru ini…
Ulasan: Kementerian Pelajaran dah 10 tahun tak ada duit?
Bahasa Melayu cukup 'indah' - Tan Luck
JOHOR BAHRU 21 Julai - "Bahasa Melayu mampu mewujudkan perpaduan antara kaum di negara ini dan sastera Melayu amat indah kerana sarat dengan pengajaran sama ada secara tersurat mahupun tersirat".
Demikian kata-kata daripada penerima hadiah Karyawan Bukan Melayu Johor, Lee Tan Luck, 54, pada Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Darul Ta'zim Ketujuh di sini baru-baru ini.
Anugerah itu yang melayakkan beliau menerima hadiah wang tunai RM2,000 disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Persada.
Menurut Tan Luck, walaupun mampu menguasai tiga bahasa iaitu bahasa Cina, Melayu dan Inggeris, beliau yakin bahasa Melayu paling sesuai menjadi bahasa perpaduan yang dapat merapatkan hubungan pelbagai kaum di negara ini.
"Perlu ada satu bahasa yang dapat menyatukan rakyat Malaysia dan tentunya ia adalah bahasa Melayu.
"Peranan bahasa dalam menyatukan pelbagai kaum adalah amat besar dan kita semua perlu yakin dengan kemampuan bahasa Melayu," katanya ketika ditemui pada majlis itu, baru-baru ini.
Ulasan: Orang lain nampak kehebatan bahasa kita. Kita pula menidakkannya dengan dengan berhenti dari melaksanakan bahasa kita sebagai bahasa ilmu di peringkat universiti seperti sebelum ini. Namaknya ita merdeka dari nama sahaja tapi pemikiran pemimpin kita masih berkiblatkan ke Bahasa Inggeris.
No comments:
Post a Comment