Tuesday, July 21, 2009

Bapa Jia Hui kemuka rayuan

KUALA LUMPUR 20 Julai - Bapa pelajar terbaik kebangsaan, Neo Jia Hui berharap Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempertimbangkan permohonan biasiswa anaknya untuk melanjutkan pelajaran ke London School of Economics (LSE).

Neo Say Yeow, 51, berkata, beliau akan ke pejabat JPA di Putrajaya esok untuk menyerahkan surat rayuan itu, meskipun LSE yang menjadi universiti pilihan utama Jia Hui untuk melanjutkan pelajaran tiada dalam senarai universiti terkemuka JPA.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam menjelaskan pelajar itu sendiri menolak tawaran biasiswa JPA kerana enggan ke University of Melbourne sebaliknya masih bertegas untuk ke LSE yang tidak disenarai oleh jabatan itu…

Ulasan: Kalau hendakkan biasiswa, ikutlah syarat-syarat yang di tetapkan oleh penganjur. 

1 comment:

Neo Say Yeow said...

Dimaklumkan bahawa Ketua Pengarah mendapat maklumat yang salah.

Neo Jia Hui tidak pernah menolak tawaran biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam ke University of Melbourne. Dia TIDAK pernah mendapat tawaran biasiswa kemana-mana dari pihak JBA.