KUALA LUMPUR 6 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri Malam Jasamu Dikenang sempena tamat tempoh perkhidmatan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh di Dewan Bankuet, bangunan Parlimen di sini malam ini.
Majlis yang bermula kira-kira pukul 8.40 malam itu turut dihadiri oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia; timbalannya, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Wong Foon Meng.
Turut serta menteri-menteri Kabinet, senator dan kakitangan Parlimen.
Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan koir dan nyanyian oleh kakitangan Parlimen dan senator…
Ulasan: Kalau kita sihat dan di panjangkan umur kebanyakan kita akan di raikan sempena tamat tempoh perkhidmatan kita. Kebanyakkan akan puji meleleh jasa yang kita pernah buat. Selama hidup ini adakah kita menyumbangkan ke arah memenangkan agama Allah? Hidup adalah modal ke syurga Allah...kalau baik.
No comments:
Post a Comment