MAIDUGURI 30 Julai - Tentera Nigeria membedil pekarangan markas kumpulan Taliban Nigeria sebelum bertempur dengan anggota militan tersebut yang berkubu di dalam sebuah masjid, menyebabkan berpuluh-puluh orang terbunuh.
Sekurang-kurangnya 600 orang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran sejak lima hari lalu.
Komander tentera, Mejar Jeneral Saleh Maina berkata, timbalan ketua kumpulan itu terbunuh dalam bedilan malam tadi tetapi ketua mereka, Mohammed Yusuf sempat melarikan diri bersama 300 pengikutnya.
Saksi yang melihat askar menggempur masjid berkenaan dan kemudian melepaskan tembakan mesingan ke arah anggota militan di dalamnya, menghitung kira-kira 50 mayat di dalam bangunan itu dan 50 lagi di pekarangan masjid.
Lima lagi mayat ditemui di dalam sebuah rumah besar dekat masjid itu, termasuk mayat timbalan ketua kumpulan, Bukar Shekau…
Ulasan: Banyak hal boleh selesai dengan perundingan. Sedih kerana cepat sangat membunuh rakyat. Hampir sama dengan pembunuhan beramai-ramai Memali 1985 @ 'Tragedi Berdarah Memali'. Tentera hanya kadang-kadang hebat membunuh rakyat tapi takut bertempur mempertahankan kedaulatan negara. Bagaimana dengan rasuah dalam kerajaan Nigeria?
No comments:
Post a Comment