SHAH ALAM 20 Julai - Laporan awal pakar patologi mendapati Setiausaha Politik kepada seorang Exco kerajaan negeri, Teoh Beng Hock, 30, meninggal dunia kira-kira empat hingga lima jam sebelum mayatnya ditemui di tingkat lima koridor luar bangunan Plaza Masalam, di sini Khamis lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar ketika mendedahkan perkara itu berkata, siasatan pihaknya tidak menolak kemungkinan mendiang jatuh dari tingkat 14 yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh turut menunjukkan mendiang tidak meninggalkan bangunan itu selepas memasuki pejabat SPRM petang Rabu lalu.
"Berdasarkan maklumat awal itu kita percaya mendiang mungkin telah meninggal dunia pada awal pagi Khamis.
"Kita akan teruskan siasatan lagi untuk merungkai kes ini," kata beliau selepas memberi taklimat perkembangan siasatan kematian Beng Hock kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan di sini pagi ini.
"Kita akan siasat segala-galanya dari semua aspek dan (beri jaminan) tidak akan tinggal sedikit pun," katanya yang akan menyiasat semua kemungkinan termasuk penglibatan kongsi gelap dalam kes itu…
Ulasan: Kes ini menjadi semakin menarik untuk di ikuti rakyat. Eloklah kes ini di siasat dengan teliti kerana ia melibatkan satu agensi penting dalam kerajaan. Biarlah yang bertanggungjawab menerima hukum seadilnya sekiranya kebenaran dan keadilan menjadi tonggak yang utama dalam negara ini. Jangan sampai majoriti rakyat tidak lagi percaya kepada pihak yang menyiasat.
No comments:
Post a Comment