KABUL 26 Julai - Serangan Taliban yang semakin meningkat dan korban anggota tentera Barat yang melonjak meletakkan Afghanistan dalam keadaan tegang, kurang sebulan sebelum pilihan raya penting yang dikhuatiri akan dibayangi keganasan.
Pilihan raya Presiden pada 20 Ogos ini, yang kedua dalam sejarah Afghanistan, dilihat sebagai ujian getir dalam kempen diketuai Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sejak hampir lapan tahun lalu untuk menstabilkan negara ini sejak penggulingan rejim Taliban pada 2001.
Beribu-ribu askar asing terutamanya dari AS membanjiri selatan Afghanistan dalam kerahan terbaru untuk cuba menawan semula kubu-kubu kuat Taliban, tetapi membawa kepada lonjakan kematian askar asing yang mencetuskan protes di negara-negara Barat…
Ulasan: Teruskan berdoa supaya Allah memenangkan para MujahidinMu di seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment