Monday, July 13, 2009

11 hadiah langkaui batas politik Najib

KUANTAN 12 Julai - Pengumuman 11 hadiah mesra rakyat membuktikan Datuk Seri Najib Tun Razak bersungguh-sungguh berkhidmat untuk rakyat tanpa mengambil kira kaum dan fahaman politik.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob justeru berkata, pengumuman 11 hadiah mesra rakyat oleh Perdana Menteri itu seharusnya diterima secara positif oleh semua lapisan masyarakat negara ini.

''Perdana Menteri secara ikhlas menampakkan hasratnya untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat melangkaui sempadan kaum dan politik," katanya kepada Utusan Malaysia menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas 11 hadiah mesra rakyat yang diumumkan Najib sempena sambutan 100 hari sebagai Perdana Menteri yang disambut semalam…

Ulasan: Formula untuk memudahkan kerajaan BN/UMNO memberikan lagi hadiah untuk rakyat ialah beri gula, kacau; beri beras, tanak; beri duit, ambil; beri kertas undi, pangkah bulan atau pun partii selain BN.

No comments: