Tuesday, July 21, 2009

Jumlah tentera AS di Afghanistan, Iraq meningkat

WASHINGTON 21 Julai - Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Robert Gates hari ini mengumumkan jumlah tentera Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan dan Iraq akan meningkat sehingga 22,000 orang untuk tempoh tiga tahun ini.

Robert berkata kepada pemberita dalam satu taklimat mengenai jumlah peningkatan itu, ia di rancang untuk memerangi ketegangan yang berlaku di Afghanistan dan Iraq, dan jumlah tentera yang telah ditempatkan bagi meningkatkan kekuatan di kedua-dua negara itu seramai 569,000.

Sehingga kini jumlah tentera yang telah berada di negara tersebut seramai 547,000. - Reuters.

Ulasan: Teruskan berdoa: Ya Allah, berikanlah kemenangan kepada saudara kami Mujahidin di Afghanistan dan Iraq dan seluruh dunia.

No comments: