DUBAI 30 Julai - Bangunan tertinggi dunia, Burj Dubai, dijangka dibuka dengan rasminya pada 2 Disember ini, menurut satu laporan berita.
Arabian Business dalam satu laporannya memetik seorang arkitek kanan projek itu sebagai berkata tarikh tersebut serentak dengan Hari Kebangsaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
"Ini merupakan satu pencapaian yang besar, dan sambutan yang cukup gemilang untuk UAE dan juga pemaju Emaar Properties, terutama sebagai majlis sambutan Hari Kebangsaan UAE," menurut arkitek itu yang tidak mahu namanya didedahkan.
Projek mega Emaar Properties bernilai AS$20 bilion (RM70 bilion) itu akan menampilkan ruang kediaman dan komersial di samping unsur hospitaliti…
Ulasan: Kita rasa kita kaya lantas hanya mengeluarkan duit. Orang lain mencapai pengalaman bekerja membuat bangunan yang hebat tetapi kita akan mengeluarkan duit untuk menyenggara dan menjaganya. Sampai bila umat Islam menjadi pengguna?
No comments:
Post a Comment